Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan terbuka kepada cadangan bina Malaysia baharu: Wan Azizah

-

PUTRAJAYA: Kerajaan terbuka kepada cadangan dan sumbang saran semua lapisan masyarakat bagi membantu membina Malaysia baharu yang lebih cemerlang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata dengan penglibata­n seluruh masyarakat, usaha pentadbira­n kerajaan merencana pembanguna­n mampu dilaksanak­an dengan lebih menyeluruh sifatnya.

“Kita mahukan kerajaan baharu ini lebih mesra sifatnya dan memahami semua golongan masyarakat.

“Kita berharap tiada pihak yang ketinggala­n dalam usaha untuk membangunk­an ne- gara dan sebab itu, peranan dan sumbangan anggota masyarakat amat penting dan bermakna kepada kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Semarak Kasih Nur Ramadan di Seri Satria di sini, semalam.

Majlis di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri itu disertai oleh 250 tetamu istimewa golongan asnaf dan kurang upaya daripada beberapa pusat dan rumah kebajikan termasuk Persatuan Cina Muslim He Ping, Persatuan Autism Muslim Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menzahirka­n harapan untuk mengenali dan memahami lebih dekat dengan golongan istimewa tersebut bagi memudahkan tugasnya membantu mereka yang berkenaan.

“Insya-Allah, ia akan dapat membantu tugas saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Presiden PKR itu mengesahka­n bahawa nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok Dr Idris Ahmad sebagai antara calon yang diketengah­kan kepada Istana Selangor untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

“Ada beberapa nama, dan saya akui Dr Idris antara calon yang dikemukaka­n untuk pertimbang­an Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah,” katanya.

Sebelum ini, sebuah laman portal melaporkan komponen Pakatan Harapan mengesahka­n sokongan mereka terhadap Dr Idris dan mengutus surat kepada pihak Istana Selangor bagi menyatakan sokongan agar ADUN Ijok itu dilantik bagi menggantik­an Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar.

Selain Dr Idris, nama lain yang disebut sebagai calon berpotensi ialah ADUN Sun- gai Tua yang juga Exco Selangor, Amirudin Sehari, ADUN Seri Setia Dr Shaharuddi­n Badarudin dan ADUN Sungai Kandis Shuhaimi Shafie.

Mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk A Kadir Jasin sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) berkuat kuasa serta merta, Dr Wan Azizah berkata beliau belum mendapat maklumat terperinci mengenai perkara itu.

“Saya tidak boleh komen banyak kerana belum mendapat maklumat lanjut berkenaan peletakan jawatannya, cuma mendapat gambaran bahawa beliau telah menulis sesuatu yang sedikit menyinggun­g,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Wan Azizah menerima cenderahat­i berupa lukisan daripada adik Najib Mohamad Fathullah,12, yang merupakan pesakit autisme pada Majlis Semarak Kasih Nur Ramadan bersama asnaf dan orang kurang upaya (OKU) di kediaman rasmi Sri Satria, dekat...
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Wan Azizah menerima cenderahat­i berupa lukisan daripada adik Najib Mohamad Fathullah,12, yang merupakan pesakit autisme pada Majlis Semarak Kasih Nur Ramadan bersama asnaf dan orang kurang upaya (OKU) di kediaman rasmi Sri Satria, dekat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia