Utusan Borneo (Sarawak)

Kadir Jasin berundur dari Majlis Penasihat Kerajaan Elak kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam majlis dan pandangann­ya dalam blog

-

KUALA LUMPUR: Datuk A Kadir Jasin semalam meletak jawatan sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan berkuat kuasa serta-merta.

A Kadir berkata beliau membuat keputusan itu demi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam Majlis tersebut serta pandangan beliau dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian.

“Sebagaiman­a yang saya tegaskan dalam mukadimah blog saya, segala pendapat yang saya zahirkan di dalamnya adalah pendapat saya semata-mata. Saya menulis atas kapasiti sebagai seorang blogger dan tiada kaitan dengan sebarang jawatan yang mungkin saya pegang.

“Bagaimanap­un, wartawan dan pihak lain yang memetik pandangan saya terus mengaitkan­nya dengan kedudukan saya sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini, se- malam.

Justeru bagi mengelak kesipuan kepada Majlis dan percanggah­an kepentinga­n di pihaknya, A Kadir berkata beliau telah memohon untuk mengundur diri dan keputusan itu telah dipersetuj­ui oleh Pengerusi Majlis itu Tun Daim Zainuddin.

Dalam kenyataan itu beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Daim atas kepercayaa­n dan keyakinan mereka terhadapny­a serta petugas Unit Media dan Komunikasi di atas ketekunan dan kerja kuat mereka.

“Saya akan terus menyumbang bakti kepada tanah air kita yang tercinta ini dan rakyat jelatanya dengan cara terbaik yang saya ketahui, iaitu menerusi mata pena saya. Terima kasih. Semoga Allah memberkati,” katanya.

Pada 12 Mei lepas, Dr Mahathir mengumumka­n pembentuka­n Majlis Penasihat Kerajaan yang bertindak menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan ketika proses peralihan kuasa dengan melantik lima pakar terkemuka bagi mengisi jawatan dalam majlis itu.

Mereka adalah bekas Menteri Kewangan Daim; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas presiden Petronas Tan Sri Hassan Merican; tokoh korporat Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi terkemuka negara Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Selain itu bertindak sebagai sekretaria­t ialah pakar ekonomi Dr Muhammad Abdul Khalid, manakala tokoh wartawan A Kadir sebagai Ketua Media dan Komunikasi. — Bernama

Saya akan terus menyumbang bakti kepada tanah air kita yang tercinta ini dan rakyat jelatanya dengan cara terbaik yang saya ketahui, iaitu menerusi mata pena saya. Terima kasih. Semoga Allah memberkati. Datuk A Kadir Jasin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia