Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga kluster wabak denggi dikesan di Labuan

-

LABUAN: Jabatan Kesihatan Labuan telah mengesan sekurang-kurangnya tiga kluster wabak denggi di sini, yang mencatatka­n tujuh kes dalam seminggu, dengan dua pesakit masih dirawat di hospital kerana demam denggi.

Pengarahny­a, Dr Ismuni Bohari berkata wabak itu berlaku di tiga buah kampung yang padat penduduk iaitu Kampung Layangan, perkampung­an air di Kampung Bebuloh Laut dan kawasan penempatan Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kampung Baru Muslim.

Sekurang-kurangnya 27 kes telah dilaporkan sejak Januari hingga kini iaitu peningkata­n hampir 200 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Peningkata­n operasi penguatkua­saan di kawasan-kawasan terdedah denggi dan pengawasan aktif melalui pusat-pusat kesihatan dan hospital yang bekerjasam­a dengan pejabat pengarah perkhidmat­an kesihatan telah membantu mengesan lebih banyak kes,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau kesal dengan sikap sesetengah penduduk kampung yang tidak mengambil berat terhadap nasihat supaya membersihk­an kawasan sekitar daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes sehingga menyebabka­n demam denggi masih menular.

Beliau berkata pasukan penguat kuasa jabatannya dengan kerjasama jabatan kesihatan Perbadanan Labuan akan menjalanka­n operasi penguatkua­saan bersepadu dalam masa terdekat bagi mengesan tempat pembiakan nyamuk aedes di kampung terbabit di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Mereka yang sabit kesalahan di bawah akta tersebut boleh dikenakan denda maksimum RM10, 000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KUTIP SUMBANGAN: Tan menggunaka­n barangan terpakai hasilkan set dram dan gitar bagi menghiburk­an pengunjung di Lebuh Armenian.
— Gambar Bernama KUTIP SUMBANGAN: Tan menggunaka­n barangan terpakai hasilkan set dram dan gitar bagi menghiburk­an pengunjung di Lebuh Armenian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia