Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak permohonan jadi anggota AMANAH selepas PRU14

-

TEMERLOH: Parti Amanah Negara (AMANAH) menerima banyak permohonan menjadi anggota dan membuka cawangan baharu termasuk daripada masyarakat bukan Melayu di Temerloh selepas kemenangan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Parlimen Temerloh Mohd Anuar Tahir berkata sebanyak 400 anggota baharu telah diluluskan permohonan berbanding hanya 200 orang sebelum pilihan raya umum lalu.

Justeru Mohd Anuar yang juga Setiausaha Agung AMANAH optimis pihaknya dapat meningkatk­an keanggotaa­n parti kepada 1,000 orang pada hujung bulan ini.

“Sokongan juga diterima daripada masyarakat India selain masyarakat Cina yang turut menunjukka­n minat dengan AMANAH. Sokongan juga diterima daripada orang Melayu dari parti lawan.

“Luar biasa sokongan yang diterima kerana sebelum ini rakan-rakan di Temerloh kata tidak nampak minat (penduduk terhadap Amanah)... rupanya ada (orang) yang ambil pendekatan tunggu dan lihat, selepas PRU14 baharu mereka mahu menjadi anggota,” katanya di Kampung Bangau Parit sini, semalam.

Mohd Anuar menambah setakat ini, terdapat lapan cawangan AMANAH di sini dan beliau menjangka lebih banyak cawangan ditubuhkan selepas ini.

Namun begitu, Mohd Anuar menegaskan mereka masih mengamalka­n sikap berhatihat­i dalam menerima kemasukan individu yang mempunyai jawatan di parti lama, seperti saranan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita terbuka menerima sesiapa sahaja yang ingin menyertai melainkan ada permintaan dari Tun sendiri. Hendak menjadi ahli kita boleh terima, tapi untuk memegang jawatan atau cawangan, kita tengok dahulu.

“Kita terima ketua bahagian atau ketua cawangan yang hendak sertai AMANAH, tapi bukan sekarang. Kita bukan diskrimina­si kerana mungkin mereka benar- benar ingin bersama gagasan baharu, tapi buat sementara waktu ini kita tunggu dulu,” katanya.

Mohd Anuar menambah kemenangan AMANAH di 11 kerusi Parlimen pada PRU14 lalu walaupun baharu ditubuhkan selama dua tahun menunjukka­n parti itu mempunyai masa depan yang amat cerah dalam arena politik negara.

Sehubungan itu, beliau berkata penekanan kini diberikan untuk mengisi kefahaman anggota parti khususnya mereka yang baharu menyertain­ya.

“AMANAH ditubuhkan dengan matlamat memberi alternatif dalam Pakatan Harapan kepada mereka yang mahu sebuah parti berteraska­n Islam kerana kita parti Islam yang terbuka, progresif, tidak jumud, tidak pegang konsep lama konservati­f dan tidak mahu mengikut peredaran zaman,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia