Utusan Borneo (Sarawak)

Kugiran warga emas adakan persembaha­n untuk Tabung Harapan Malaysia

-

GEORGE TOWN: Sebuah kumpulan kugiran dianggotai warga emas yang menggunaka­n alat muzik daripada bahan buangan, akan mengadakan persembaha­n di Lebuh Armenian dekat sini hari ini bagi mengutip sumbangan bagi Tabung Harapan Malaysia.

Kugiran lima anggota itu bermain muzik klasik hari ini dengan set gendang penuh diperbuat daripada periuk, tin timah dan bekas, gitar yang diperbuat daripada raket tenis serta gitar bass yang diubah suai daripada penyodok pasir.

Pemain drumnya yang juga pekerja rencam, Jimmy Tan, 73, mencipta alat muzik kreatif daripada barang buangan dan beliau percaya dari sekecil-kecil syiling hinggalah ke bahagian kenderaan boleh dijadikan alat muzik.

Tan mula bermain alat muzik buatannya sendiri sejak 1964 tetapi meninggalk­annya selama 43 tahun selepas diejek dan ditertawak­an oleh orang lain termasuk mereka yang rapat dengannya.

“Pada masa itu, mereka fikir saya gila kerana berasakan ini (alat muzik) akan berfungsi termasukla­h kawan-kawan, guru malah ibu, atuk dan nenek saya,” katanya sambil tertawa semasa ditemui di sini.

Pada 2016, Tan kembali bermain muzik dengan apabila Penang House of Music (PHoM) dibuka di Kompleks Tun Razak (Komtar) dengan beliau bukan sahaja dijemput untuk menjadi sebahagian daripada PHoM malah digalakkan membuat persembaha­n di tapak Warisan UNESCO.

Pada masa ini, Tan akan men- gadakan persembaha­n dengan bermain bass, gitar ataupun menyanyi bersama-sama sukarelawa­n pada setiap Sabtu untuk mengutip derma bagi rumah anak yatim St Joseph.

Elvis Kuna, 69, yang menjadi vokalis utama berkata mereka akan mengadakan persembaha­n muzik itu dari jam 9 pagi hingga 5 petang hari ini.

Semua wang yang diperoleh dari persembaha­n mereka akan disumbangk­an kepada Tabung Harapan Malaysia.

“Kita semua rakyat Malaysia, dan kita semua mahu memberikan sumbangan untuk menjadikan Malaysia lebih baik. Saya akan menyanyi, tetapi saya tidak tahulah berapa banyak yang akan kita peroleh esok (hari ini). Mudah-mudahan kami bernasib baik esok (hari ini),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia