Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin ikhlas boleh pulihkan UMNO

-

BESUT: Keikhlasan merupakan faktor utama yang perlu ada pada setiap pemimpin dan anggota UMNO sekiranya mahu melihat parti itu pulih kembali dan mendapat sokongan majoriti rakyat negara ini, kata Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Idris Jusoh.

Oleh itu , katanya, anggota UMNO di semua peringkat perlu memilih pemimpin yang ikhlas untuk memimpin parti itu agar ia terus pulih dan gagah seperti sebelumnya, bukannya memilih pemimpin yang melompat parti dan diragui keikhlasan­nya untuk bersama parti.

“Perjuangan untuk agama dan bangsa memerlukan seseorang yang mempunyai semangat keikhlasan yang tulen... tanpa mempunyai sebarang agenda di sebalik perjuangan­nya itu.

“Pemimpin yang sentiasa ingin melompat parti dan pentingkan diri sepatutnya disingkir kerana mereka tidak diperlukan oleh UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an zakat kepada penduduk di kediamanny­a di Kampung Toh Has di sini, kelmarin.

Mengenai pemilihan UMNO peringkat pusat, Idris berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada bertanding bagi mengekalka­n jawatan MT yang disandang sekarang ini atau jawatan lebih tinggi dalam parti. — Bernama GEORGE TOWN: Penduduk Sungai Dua mampu menarik nafas lega apabila jambatan lengkung di Jalan Sungai Dua, di sini siap sepenuhnya dan ia dapat membendung kejadian banjir kilat yang sering melanda kawasan itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan Dan Keselamata­n Komuniti (JKKK) Pulau Pinang di Sungai Dua Zulfazdli Md Noordin berkata walaupun projek tebatan banjir itu mengalami kelewatan lebih setahun, namun penduduk kawasan berkenaan bersyukur dan berterima kasih kerana ia akhirnya siap sepenuhnya pada 18 April lepas.

“Saya mewakili penduduk di kawasan Sungai Dua ingin mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir penggal lepas kerana telah berusaha memastikan projek itu dijalankan demi kepentinga­n penduduk.

“Akhirnya kami dapat menarik nafas lega dan tidak perlu bimbang atau khuatir berlaku banjir kilat di sini,”katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari semalam.

Terdahulu, Zairil dan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mengadakan lawatan bagi melihat sendiri jambatan tersebut dan kerja-kerja lain di bawah projek tebatan banjir di Jalan Sungai Dua, di sini.

Sementara itu, Zairil ber- kata selain pembinaan jambatan lengkung, projek bernilai RM5 juta itu juga membabitka­n pembesaran dan pelebaran sungai serta pembinaan beberapa saliran longkang merentasi laluan bawah tanah.

“Sistem saliran di Jalan Sungai Dua akan menjadi lebih sempurna terutama pada musim hujan, sekali gus dapat mengurangk­an masalah banjir kilat yang sering berlaku di sini,” katanya.

Beliau berkata projek yang bermula Ogos 2015 itu sepatutnya siap Februari 2017, namun pihak kontraktor menghadapi beberapa masalah terutama berkaitan pengalihan kabel-kabel utiliti di kawasan berkenaan serta kerja-kerja tanah dan pembinaan cerucuk jambatan lengkung yang memerlukan penelitian khusus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia