Utusan Borneo (Sarawak)

PAS yakin menang jika berlaku PRN di Kedah

-

KOTA BHARU: PAS yakin boleh menawan Kedah jika Pilihan Raya Negeri (PRN) benar-benar diadakan, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata bagaimanap­un parti itu berharap agar jalan penyelesai­an lain dapat dicapai sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) gagal mendapat sokongan untuk melantik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

“PAS menawarkan jalan keluar iaitu mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang bertujuan untuk mengelak PRN daripada berlaku.

“Ini adalah jalan keluar yang terbaik jika menghadapi situasi sebegini. Tapi mereka (Pakatan Harapan) menolak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan Kali Ke-45 Tahun 2018 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini, semalam.

Beliau berkata konsep Kerajaan Perpaduan ini telah banyak diamalkan di negara-negara lain yang turut mengamalka­n demokrasi.

Katanya langkah itu boleh diambil bagi mengelakka­n pembaziran wang jika PRN diadakan terutama selepas berlakunya pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bulan lepas.

Selepas sebulan PRU14 berlangsun­g, Kerajaan Kedah pimpinan PH masih belum mengumumka­n Speaker DUN kerana hanya berjaya membentuk kerajaan minoriti di negeri tersebut.

Ia selepas PH mendapat 18 kerusi DUN manakala PAS menguasai 15 kerusi dan Barisan Nasional (BN), tiga kerusi.

Keadaan itu mewujudkan keadaan yang seimbang antara kerajaan dan pembangkan­g kerana DUN Kedah mempunyai kerusi yang genap. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia