Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan tipis 2-1 ke atas Arab Saudi lonjak semangat juara bertahan dunia itu untuk mengekalka­n gelaran

-

LEVERKUSEN,Jerman:Timo Werner mempamerka­n aksi meyakinkan ketika Jerman mengembali­kan keyakinan menjelang Piala Dunia 2018 dengan menamatkan lima perlawanan tanpa kalah selepas menewaskan Arab Saudi 2-1 pada perlawanan persediaan terakhir mereka Jumaat lepas.

Gol dalam separuh masa pertama oleh Werner dan gol sendiri Omar Hawsawi memastikan kemenangan dengan Jerman kurang dicabar oleh Arab Saudi, yang akan memulakan kejohanan Piala Dunia menentang tuan rumah Rusia Khamis depan.

Werner beraksi cemerlang selama 62 minit pada perlawanan persahabat­an itu.

Keputusan 2-1 agak memberangs­angkan buat Arab Saudi, yang menjaringk­an gol saguhati dari tendangan penalti lewat.

Walaupun penjaga gol Jerman, Marc-Andre ter Stegen menepis tendangan lemah Mohammad Al-Shalawi, Taisir Al-Jassim merembat bola muntah pada minit ke-85.

“Tiada pasukan kecil sekali lagi dan kami tidak beraksi dengan baik di beberapa bahagian,” akui pemain sayap Jerman, Marco Reus, yang melihat rembatanny­a terkena palang.

“Kami hilang rentak dari serangan pantas, terlalu banyak ruang diberikan tetapi kami masih ada baki seminggu lagi untuk memperbaik­inya.”

Selepas gagal menang lima perlawanan terakhir, termasuk tewas 1-2 kepada Austria minggu lepas, skuad terkuat Jerman menguasai hampir sepanjang perlawanan di Leverkusen Jumaat lepas.

Sami Khedira dan Reus melihat cubaan mereka terkena palang dalam separuh masa p e r t a m a ketika Jerman sudah boleh menj aringkan beberapa gol di awal permainan tetapi ada juga kealpaan di benteng perta- Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabat­an di antara Jerman dan Arab Saudi di BayArena di Jerman. hanan Jerman. Arab Saudi dibelasah 0-8 oleh Jerman pada perlawanan pusingan pertama Piala Dunia 2002 dan ia kelihatan cerita yang sama sekali lagi. Jerman membuka jaringan seawal minit kelapan apabila hantaran jauh Joshua Kimmich dikawal kemas Reus sebelum mengumpan kepada Werner untuk melakukan rembatan.

Reus, yang kecewa kerana tidak beraksi di Piala Dunia 2014 kerana kecederaan kaki pada perlawanan persiapan terakhir ke Piala Dunia, kemudian melihat rembatanny­a terkena palang tiga minit kemudian.

Arab Saudi mengambil masa 30 minit untuk mencemaska­n pertahanan Jerman dengan dua cubaan Fahad Al-Muwallad tersasar.

Khedira kemudian menguji penjaga gol Arab Saudi, Abdullah Al-Mayouf pada minit ke-37 sebelum gol kedua hadir sebelum rehat apabila hantaran Werner kepada Thomas Mueller terkena Hawsawi dan masuk ke pintu golnya sendiri.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew melakukan dua per- tukaran pada separuh masa kedua dengan Ter Stegen menggantik­an Manuel Neuer di pintu gol dan Niklas Suele dimasukkan menggantik­an Jerome Boateng.

Jerman tidak bernasib baik menjaringk­an gol ketiga apabila rembatan Julian Brandt sedikit tersasar.

Jerman akan memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan mereka di Rusia dengan menentang Mexico pada 17 Jun, selain menentang Sweden dan Arab Saudi dalam Kumpulan F.

Arab Saudi juga akan menentang Uruguay dan Mesir selain pasukan tuan rumah, Rusia dalam Kumpulan A. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? DETIK CEMAS: BERTENAGA: Werner menjaringk­an satu gol untuk memastikan kemenangan 2-1 Jerman ke atas Arab Saudi pada perlawanan itu.
— Gambar Reuters — Gambar Reuters DETIK CEMAS: BERTENAGA: Werner menjaringk­an satu gol untuk memastikan kemenangan 2-1 Jerman ke atas Arab Saudi pada perlawanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia