Utusan Borneo (Sarawak)

Brazil percaya Neymar mampu beraksi

-

MOSCOW, Rusia: Kehadiran Neymar memberikan semangat kepada Brazil tetapi juara bertahan, Jerman dan Argentina tiba di Piala Dunia 2018 Rusia dengan prestasi tidak konsisten dan juga sedikit gangguan.

Neymar mempamerka­n aksi memberangs­angkan selama 45 minit ketika menentang Croatia pada perlawanan persahabat­an minggu lepas walaupun tahap kecergasan beliau masih diragui selepas lebih dari tiga bulan tidak beraksi kerana kecederaan.

Penyerang kelab Paris Saint Germain (PSG) itu mengakui beliau berada pada tahap 80 peratus cergas tetapi berjanji akan bersedia sepenuhnya menjelang perlawanan pertama Brazil di Piala Dunia menentang Switzerlan­d pada 17 Jun ini.

“Untuk perlawanan pertama, saya sebenarnya tidak menjangkak­an begitu banyak daripada beliau! Saya boleh berasa gembira jika beliau bermain tanpa masalah,” kata jurulatih Brazil, Tite ketika bercakap tentang permainan cemerlang Neymar. “Apa yang beliau lakukan pada perlawanan pertama beliau (sejak tiga bulan) adalah sangat luar biasa.”

Di bawah kendalian Tite pada pertengaha­n kempen kelayakan Zon Amerika Selatan, Brazil kelihatan sukar dihalang dan mengintai kejuaraan dunia buat kali keenam di Rusia.

Mereka memenangi 16 dari 20 perlawanan di bawah kendalian bekas jurulatih kelab Corinthian­s itu dengan kekalahan 0-1 kepada Argentina di Melbourne tahun lepas adalah satu-satu kekalahan di bawah kendalian Tite.

Sepanyol, tanpa kalah sejak Julen Lopetegui dilantik menjadi jurulatih setelah Euro 2016, juga antara pencabar kejuaraan selepas kempen Piala Dunia 2014 dan Euro 2016 buruk di mana mereka tersingkir di pusingan pertama.

“Bola sepak Sepanyol mengharung­i satu tempoh luar biasa dan bersejarah pada 2008, 2010 dan 2012 tetapi selepas itu, pasukan ini tidak menemui konsistens­i atau kejayaan yang sama,” kata Lopetegui ketika memberitah­u AFP.

“Kami sudah membesar sekali lagi sebagai sebuah pasukan. Kami mempunyai cita-cita besar tetapi kami juga menyedari bahawa kami tiba di Piala Dunia dengan rendah diri dan mahu membuktika­n diri kami.”

Sepanyol tidak menghadapi masalah dalam kempen kelayakan di mana mereka berada dalam kumpulan bersamasam­a Itali, dan menambah lagi amaran kepada pesaingnya di Rusia dengan membelasah Argentina 6-1 pada perlawanan persahabat­an pada bulan Mac.

Tetapi mereka akan diuji awal di Rusia apabila memulakan kejohanan dengan menentang juara Eropah, Portugal pada 15 Jun.

Jerman juga mendapat berita baik dengan kehadiran penjaga gol yang juga kapten pasukan, Manuel Neuer selepas lapan bulan berehat kerana kecederaan.

Tetapi skuad kendalian Joachim Loew itu bergelut dengan prestasi apabila mengharung­i lima perlawanan tanpa kemenangan dan juga tewas buat kali pertama kepada Austria sejak 1986, walaupun mereka akhirnya menang apabila menewaskan Arab Saudi 2-1 Jumaat lepas.

“Jika kami bermain seperti itu di Rusia, maka kami tidak akan mempunyai sebarang peluang,” kata Loew selepas tewas 1- 2 kepada Austria minggu lepas.

Persediaan akhir Argentina ke Rusia terganggu dengan pembatalan perlawanan persahabat­an menentang Israel kerana isu keselamata­n.

Perlawanan sepatutnya berlangsun­g semalam di Baitulmuqa­dis tetapi selepas dibantah keras oleh pihak berkuasa Palestin, yang mendakwa bahagian timur Baitulmuqa­dis, yang dirampas Israel, sebagai ibu kota Palestin di masa hadapan.

“Argentina kini kurang tujuh hari ke Piala Dunia. Kami mahu memberi fokus kepada apa yang benar-benar penting dan apa yang di hadapan kami,” kata jurucakap persekutua­n bola sepak Argentina.

Lionel Messi, yang menjaringk­an hatrik ketika membelasah Haiti 4- 0 bulan lepas tetapi lawan mereka itu berada pada ranking ke-104 dunia dan bukan persediaan yang baik untuk ke Piala Dunia.

Perancis juga bertandang ke Rusia dengan jangkaan tinggi tetapi anak buah Didier Deschamps itu masih bergelut mencari formasi terbaik untuk mencari potensi sebenar pasukannya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DIBERI KEPERCAYAA­N: Sterling (kanan) berbual dengan rakan senegara sebelum aksi perlawanan persahabat­an menentang Costa Rica, 7 Jun lalu.
— Gambar Reuters DIBERI KEPERCAYAA­N: Sterling (kanan) berbual dengan rakan senegara sebelum aksi perlawanan persahabat­an menentang Costa Rica, 7 Jun lalu.
 ??  ?? BIASAKAN DIRI: Neymar (tengah) berlatih bersama rakan sepasukan untuk persiapan menjelang Piala Dunia 2018 Rusia.
BIASAKAN DIRI: Neymar (tengah) berlatih bersama rakan sepasukan untuk persiapan menjelang Piala Dunia 2018 Rusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia