Utusan Borneo (Sarawak)

Sterling berpeluang laksanakan tanggungja­wab yang diimpikan

-

LONDON, England: Selepas musim terbaik dalam kariernya, Raheem Sterling diberikan tanggungja­wab dan peranan yang beliau impikan oleh jurulatih England, Gareth Southgate untuk menggapai potensinya di Piala Dunia.

Sterling menjaringk­an 23 gol dalam semua pertanding­an ketika kelabnya, Manchester City memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris depan bergaya selain turut memenangi Piala Liga Inggeris.

Namun, walaupun dengan musim cemerlang, ada bayangan di mana potensi beliau boleh dilihat sepenuhnya.

“Pada masa beliau dapat meningkatk­an jumlah gol, beliau akan menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia kerana beliau mempunyai segala-galanya,” kata pengurus City, Pep Guardiola. “Beliau seorang pejuang, seorang yang dinamik, sangat bagus tetapi beliau harus meningkatk­an lagi potensinya.”

Untuk membuktika­nnya, Sterling belum menjaringk­an gol pada 20 perlawanan terakhir bersama England, atau sejak dari 2015.

Sterling juga terpaksa berdepan dengan perhatian negatif secara terbuka dari beberapa media di England, kebiasanny­a isu di luar dari bola sepak.

Dianggap ‘kambing hitam’ semasa kempen buruk England sebelum dimalukan dengan disingkirk­an dari Euro 2016 oleh Iceland di pusingan kedua, Sterling mengelar dirinya sendiri “Yang dibenci” di laman sosial Instagram beliau semasa kejohanan itu.

Beliau juga mencuri perhatian media minggu lepas kerana gambar tatu senjata M16 di betisnya.

Laluan Sterling ke kemuncak karier beliau bukan mudah. Lahir di Kingston, Jamaica, beliau berkata tatu gambar M16 itu adalah kenangan kepada ayahnya, yang dibunuh di sana ketika beliau berusia dua tahun.

Sterling berpindah ke utara London pada usia lima tahun bersama ibunya dan bakat beliau dalam bola sepak mula dikenali apabila dipilih oleh kelab Queen’s Park Rangers dan kemudian Liverpool pada usia 15 tahun.

Beliau mula mencuri perhatian dengan aksi menarik bersama Liverpool, yang terlepas peluang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang pertama sejak lebih dari dua dekad pada musim 2013/ 2014 dan memasuki skuad kebangsaan England ke Piala Dunia empat tahun yang lalu dan salah seorang dari pemain berbakat yang tersingkir di pusingan pertama.

Perpindaha­n lumayan bernilai 49 juta pound ke Manchester City menyusul pada 2015 tetapi ia tidak sehingga kehadiran jurulatih Pep Guardiola setahun kemudian di mana Sterling mula menggapai potensinya.

Tidak sama di City, di mana Guardiola meletakkan Sterling di bahagian sayap kerana kepantasan­nya, Southgate memberikan beliau jersi nombor 10, dan memberikan peranan penyerang tengah kepada Harry Kane.

Sterling menjaringk­an beberapa gol penting untuk City, gol kemenangan lewat ketika menentang Bournemout­h, Huddersfie­ld dan Southampto­n. — AFP

 ??  ?? SOUTHGATE
SOUTHGATE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia