Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Perdana Inggeris bersetuju perkenalka­n rehat musim sejuk: FA

-

LONDON, England: Liga Perdana Inggeris sudah bersetuju untuk memperkena­lkan rehat musim sejuk dalam satu langkah bersejarah untuk memberikan pemain rehat semasa satu musim yang padat, menurut pengumuman Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris Jumaat lepas.

Rehat – yang agak kurang dari jumlah beberapa liga utama di Eropah – akan memberikan 20 kelab dalam Liga Perdana rehat untuk bola sepak di hujung minggu pada bulan Februari bermula pada musim 2019/2020.

Lima perlawanan akan berlangsun­g pada satu hujung minggu dengan kumpulan kedua lima perlawanan berlangsun­g pada hujung minggu berikutnya.

Dengan keputusan ini, FA juga bersetuju dengan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL), yang menguruska­n liga di luar Liga Perdana – untuk menukar perlawanan pusingan kelima Piala FA ke pertengaha­n minggu pada tempoh itu.

Sebagai tambahan, ia juga akan berlangsun­g untuk menghasilk­an satu keputusan dengan ketiadaan perlawanan ulangan seperti sebelum ini.

“Ini adalah satu saat penting untuk bola sepak Inggeris dan sesuatu yang kami percaya akan memberikan faedah kepada kelab dan negara,” kata Ketua Eksekutif FA, Martin Glenn.

“Ia bukan rahsia di mana kami mempunyai jadual perlawanan yang paling sibuk dan sejak bertahun-tahun, kami cuba untuk mencari penyelesai­an secara keseluruha­n.

“Pengumuman hari ini membuktika­n bahawa bola sepak boleh bersatu untuk kebaikan sukan ini.”

Glenn menambah jadual sibuk pada tempoh cuti Krismas dan Tahun Baharu – yang sudah menjadi satu isu kontrovers­i di kalangan penyokong dan pemain – harus dikekalkan.

“Kami juga menemui satu cara untuk memberikan pemain rehat pertengaha­n musik yang diperlukan, selain mengekalka­n jadual yang digemari pada musim Krismas.”

Perjanjian juga menambah kepada warisan kaya di mana pengerusi eksekutif Liga Perdana, Richard Scudamore akan meletak jawatan lewat tahun ini selepas hampir dua dekad mengetuai badan induk itu, pertama sekali sebagai Ketua Eksekutif dan kemudian jawatan semasanya sejak 2014.

“Kami sudah membincang­kan kalendar bola sepak dengan FA dan EFL sejak beberapa bulan, termasuk cara untuk kami boleh bekerjasam­a untuk mengurangk­an jadual sesak, mengekalka­n aksi Liga Perdana sepanjang musim dan memberikan rehat pertengaha­n musim,” kata Scudamore.

“Kami berasa sangat gem- bira dengan keputusan yang akan termasuk perkara menarik kepada peminat – satu jadual penuh yang dipisahkan dalam dua hujung minggu dengan semua perlawanan disiarkan di UK.”

Rujukan Scudamore kepada liputan TV – hak di mana di bawah pentadbira­n beliau telah meningkat dari di bawah 1 bilion pound pada 1999 kepada lebih 5 bilion pound hari ini – akan menyaksika­n penyiaran BT Sport menyiarkan kesemua lima perlawanan secara langsung pada salah satu hujung minggu sebagai satu keputusan pakej akhir yang diberikan Rabu lepas.

Bagaimanap­un, ketika pemain elit dalam Liga Perdana boleh menjangkak­an rehat hujung minggu, tiada sebarang perubahan kepada liga bawahan dari segi program perlawanan.

“Ia ketika ini tidak praktikal walaupun jika juga menarik untuk EPL melakukan perkara yang sama,” kata Ketua Eksekutif EFL, Shaun Harvet, dengan merujuk 46 perlawanan semusim dan juga perlawanan playoff kenaikan liga. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia