Utusan Borneo (Sarawak)

Felda United perlu gandakan usaha untuk muncul juara liga

-

MARAN: Skuad Felda United perlu menggandak­an usaha jika mereka benar- benar berazam untuk merangkul gelaran juara Liga Premier musim ini.

Ketua Jurulatihn­ya B Satiananth­an berkata masih terdapat beberapa kelemahan dalam skuad bimbingann­ya yang boleh diperbaiki untuk mencatat sekurang-kurangnya tiga kemenangan bagi menjarakka­n mata daripada pasukan di tangga kedua.

“Kejuaraan Liga Premier semakin hampir tetapi ia masih belum boleh dicapai oleh Felda United.

“Permainan bola sepak sekarang tidak sama seperti dahulu di mana para pemain perlu sentiasa berusaha keras untuk mengutip mata,” katanya selepas perlawanan menentang Terengganu FC II di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini, malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, The Fighters berjaya menundukka­n pasukan pelawat dengan jaringan 3-2 untuk membawa pulang tiga mata berharga.

Mengulas mengenai aksi bertemu Terengganu FC II, Satiananth­an berkata anak buahnya bermula dengan baik sebelum ia tidak berapa menjadi pada 30 minit terakhir babak pertama sehingga menyebabka­n gawang Felda United dibolosi oleh Bruno Junichi Suzuki.

“Pada separuh masa kedua pula, pemain dilihat lebih tenang dan melakukan hantaran dengan baik, berbeza babak pertama yang menyaksika­n kita tidak banyak bergerak.

“...tapi saya gembira kita mendapat tiga gol walaupun sepatutnya lebih banyak gol boleh dijaringka­n,” katanya.

Satiananth­an juga memuji aksi pemain lawan yang hanya tewas tipis, menunjukka­n mereka memiliki semangat juang tinggi untuk memberi saingan.

Sementara itu, pengendali Terengganu FC II Mustaffa Kamal Abdul Wahab mengakui kecewa dengan kekalahan anak buahnya kerana telah mendahului pada awal permainan.

“Kita sudah mendahului tetapi Felda United berjaya mencatat kemenangan akibat kecuaian di bahagian pertahanan.

“Gol pada minit ke-46 yang dijaringka­n oleh Christie Jayaseelan adalah titik kebangkita­n mereka dan akhirnya kita gagal mengutip sebarang mata,” katanya.

Mustaffa berkata pasukannya perlu berusaha 200 peratus pada lima perlawanan terakhir selepas ini untuk memastikan mereka tidak tersingkir daripada saingan Liga Premier musim depan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ASAKAN: Pemain Felda United, Thiago Augusto Fernandes (kiri) diasak pemain Terengganu II, Sebestien Maurice Thuriere (dua kanan) pada perlawanan Liga Perdana 2018 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam kelmarin.
— Gambar Bernama ASAKAN: Pemain Felda United, Thiago Augusto Fernandes (kiri) diasak pemain Terengganu II, Sebestien Maurice Thuriere (dua kanan) pada perlawanan Liga Perdana 2018 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam kelmarin.
 ??  ?? TAHNIAH: Ong (tengah) dan Jampi (kiri Ong) bersama peserta dan petugas pada Kejohanan Angkat Berat Terbuka Kuching 2018.
TAHNIAH: Ong (tengah) dan Jampi (kiri Ong) bersama peserta dan petugas pada Kejohanan Angkat Berat Terbuka Kuching 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia