Utusan Borneo (Sarawak)

Perry rangkul kejuaraan Kejohanan Angkat Berat Terbuka Kuching 2018

-

KUCHING: Perry Law merangkul kejuaraan Kejohanan Angkat Berat Terbuka Kuching 2018 yang diadakan di pusat gymnasium CrossFit Kuching (CFK) di sini semalam.

Peserta mewakili CFK berusia 25 tahun itu mencatat angkatan terbaik 82kg dalam acara ‘ snatch’ dan 102kg dalam acara ‘clean & jerk’ untuk menewaskan 12 pencabar lain dalam kategori terbuka lelaki.

Tempat kedua dan ketiga turut dirangkul peserta CFK iaitu Kian Yew Chai dan Gordon Chung.

Dalam kategori terbuka wanita, peserta berusia 15 tahun, Tarra Azahari Yeo mengejutka­n lawan apabila berjaya muncul juara.

Beliau mencatat angkatan 60kg dalam acara snatch dan 70kg dalam acara clean & jerk untuk mengesahka­n kejuaraan.

Tempat kedua dirangkul peserta dari Semenanjun­g Malaysia, Josephine See manakala tempat ketiga milik Helen Then mewakili CFK.

Persaingan kategori atlet SUKMA menyaksika­n Bapi Muyat dinobatkan juara kategori lelaki selepas mencatat angkatan seberat 120kg dalam acara ‘snatch’ dan 157kg acara ‘clean & jerk’.

Jerry Gawan meraih tempat kedua disusuli Hong Huat Ho di tempat ketiga.

Kategori wanita SUKMA menyaksika­n dominasi adikberadi­k Marthini dan Marthina Chan dengan menggondol tempat satu dan kedua. Tempat ketiga dirangkul Cheryln Upang.

Seramai 20 peserta termasuk dari Semenanjun­g Malaysia menyertai kejohanan anjuran Persatuan Angkat Berat Bahagian Kuching dengan CFK selaku tuan rumah.

Menurut Pemilik CFK, Carter Wei kejohanan itu bagi mempopular­kan sukan angkat berat di sini selain memberi peluang kepada peminat-peminat sukan itu untuk mempamerka­n kebolehan.

“Pada masa sama, kejo- hanan itu juga menjadi medan pendedahan kepada atlet-atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak sebagai persiapan menghadapi temasya SUKMA 2018 di Perak pada September ini.

“Perancanga­n kita untuk menganjurk­an kejohanan sama dengan skala lebih besar pada masa akan datang melibatkan penyertaan peserta dari luar negara,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Dr Ong Kong Swee dan Setiausaha Persatuan Angkat Berat Sarawak, Jampi Tutong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia