Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Dato Permaisuri imarah Ramadan dengan bertadarus

-

SEKOLAH Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri (SMKDP) mempunyai cara tersendiri dalam mengimarah bulan Ramadan dengan menganjurk­an program Tadarus Al-Quran baru-baru ini.

Program yang menyasarka­n semua guru dan pelajar Islam sekolah tersebut telah diadakan selama seminggu sebelum cuti pertengaha­n semester bermula.

Pengetua SMKDP Haslinda Jedi berkata program tersebut diadakan bertujuan bagi mendekatka­n jiwa pelajar sekolah dengan al-Quran, di samping membudayak­an bacaan kitab suci itu pada bulan Ramadan.

“Melalui program ini, pelajar yang tidak pandai membaca al-Quran akan mendapat sekurangku­rangnya pahala mendengar bacaan alQuran.

“Sasaran kami adalah semua guru dan pelajar yang mengikuti program ini dapat khatam 30 juzuk al-Quran dalam masa seminggu,” katanya ketika menghubung­i Utusan Borneo.

Jelas Haslinda, beliau bersyukur program tadarus dapat dilaksanak­an walaupun dalam masa yang singkat iaitu seminggu.

“Seterusnya kami berharap para pelajar dan warga sekolah akan terus memperting­katkan bacaan al-Quran sepanjang bulan Ramadan dan menjadikan kitab suci itu sebagai pedoman diri,” katanya.

Program Tadarus AlQuran SMKDP dijalankan pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadan.

Di samping program tersebut, SMKDP turut mengadakan pelbagai aktiviti lain sepanjang bulan suci ini.

Antaranya ialah Ziarah Ramadan ke rumah para pelajar dari kalangan anak yatim dan miskin, solat Zuhur berjemaah di dewan sekolah, majlis iftar, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di dewan sekolah, pemberian sumbangan kepada pelajar yang memerlukan serta sesi bersalaman sebelum pelajar mula bercuti sekolah.

 ??  ?? PROGRAM BAIK: Pelajar-pelajar SMKDP menyambut baik Tadarus Al-Quran yang diadakan pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadan.
PROGRAM BAIK: Pelajar-pelajar SMKDP menyambut baik Tadarus Al-Quran yang diadakan pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadan.
 ??  ?? MERDU: Guru dan pelajar-pelajar sedang khusyuk membaca ayat-ayat suci al-Quran.
MERDU: Guru dan pelajar-pelajar sedang khusyuk membaca ayat-ayat suci al-Quran.
 ??  ?? BERKONGSI NIKMAT: Pelajar-pelajar menerima sumbangan daripada pihak sekolah.
BERKONGSI NIKMAT: Pelajar-pelajar menerima sumbangan daripada pihak sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia