Utusan Borneo (Sarawak)

Tom Cruise buat terjunan langit 5 batu untuk filem ‘Mission: Impossible’

-

PELAKON Hollywood Tom Cruise pernah terjun dari bangunan, menggelong­sor dari bangunan pencakar langit dan berpaut pada luar badan sebuah pesawat ketika ia berlepas dalam watak-wataknya sebagai hero filem aksi.

Sekarang dia boleh membuat dakwaan bahawa dia adalah pelakon pertama yang melakukan terjunan langit ‘HALO’ yang dirakamkan oleh kamera: terjunan “altitud tinggi, pembukaan rendah:, biasanya dilakukan hanya oleh profesiona­l tentera terlatih sebagai satu cara untuk mengelak pengesanan oleh musuh.

Bintang berusia 55 tahun itu merakamkan aksi ngeri itu untuk ‘Mission: Impossible - Fallout’, filem terbaharu dalam siri filem aksi yang mengaut keuntungan tinggi di mana dia membawa watak ejen Ethan Hunt.

Dalam video yang dikeluarka­n sebelum filem itu dikeluarka­n pada bulan depan, Cruise terjun dari pintu kargo sebuah pesawat pada ketinggian 7,600 meter – hampir lima batu – dan membuka payung terjun kurang 600 meter dari bumi, menurut pembuat filem itu.

Untuk bersiap sedia bagi aksi ngeri itu, yang membawa risiko penyakit penyahmamp­atan, atau “the bends”, sewaktu dia jatuh pada kelajuan 320 batu sejam, Cruise berlatih dalam sebuah mesin angin yang dibina khas dan menggunaka­n topi keselamata­n khas.

Cruise patah buku lali pada tahun lepas ketika dia merakamkan satu lagi aksi ngeri untuk ‘Mission: Impossible - Fallout’, apabila dia melompat di antara dua bangunan dan menghempap dinding.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia