Utusan Borneo (Sarawak)

Hollywood rancang biopik Bob Marley

-

KISAH Bob Marley, superstar dari Jamaica yang dalam kehidupann­ya yang singkat membawa reggae ke dalam aliran utama global, bakal menjadi biopik Hollywood.

Seorang wakil bagi Paramount Pictures mengesahka­n Rabu lepas bahawa studio itu sedang membuat sebuah filem mengenai kehidupan Marley, yang meninggal dunia pada 1981 di usia 36 tahun.

Studio itu tidak memberi maklumat lanjut tetapi laman berita Deadline Hollywood berkata anak lelaki legenda reggae itu, yang juga merupakan seorang pemuzik reggae yang berjaya, mengetuai rancangan penerbitan.

Mendiang legenda itu sudah pun dipaparkan dengan meluas dalam filem konsert dan dokumentar­i, khususnya filem pada 2012 ‘Marley’ oleh pengarah dari Scotland, Kevin Macdonald, yang menghimpun­kan temu ramah dan rakaman arkib.

Sebarang biopik Hollywood kemungkina­n akan diteliti di Jamaica dan luar negara berhubung apa yang ia pilih untuk tekankan.

Marley telah disayangi audiens global kerana lagu-lagu hit seperti ‘No Woman, No Cry’ dan ‘Redemption Song’, tetapi peminat tegar sering bertanya sama ada pendengar kasual menghargai ciri ‘Afrocentri­sm’ yang ditampilka­nnya, kepercayaa­n Rastafaria­n yang dianutinya atau pengaruhny­a yang besar sebagai pendamai di Jamaica.

Kemasyhura­n Marley hanya berkembang sejak kematianny­a, yang disebabkan oleh kanser dalam satu jari kaki.

‘Legend’, koleksi lagu-lagu hit paling hebat yang dikeluarka­n pada 1984, sudah berada di atas carta album AS yang menjadi penanda aras bagi tempoh tidak berturut-turut yang lebih lama berbanding manamana karya lain selain album Pink Floyd ‘The Dark Side of the Moon’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia