Utusan Borneo (Sarawak)

Dua drama Korea terbaharu ‘Suits’ & ‘Lawless Lawyer’ di tonton

-

SEBAGAI perkhidmat­an streaming terbesar dan nombor satu di Malaysia, tonton kini mengembang­kan kandungan K-dramanya dengan memperkena­lkan dua drama bersiri terbaharu yang memaparkan sisi dunia perundanga­n sepanjang bulan Jun 2018.

Saksikan dua drama terbaharu ini yang disiarkan serentak dengan tayangan perdana di Korea hanya di tonton, ‘SUITS’ bermula 2 Jun pada jam 12.00 tengah hari dan ‘Lawless Lawyer’ pada 13 Jun jam 12.00 tengah hari.

Menurut Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan dan Penjenamaa­n Televisyen Network Media Prima Berhad, “Kami berasa teruja dengan adanya dua buah K-drama terbaru ini yang dibawakan khas buat 8.1 juta pengguna kami. Kami yakin drama bersiri terbaik seperti ‘SUITS’ dan ‘Lawless Lawyer’ ini mampu menggembir­akan penonton dan mengembang­kan lagi penjenamaa­n tonton kepada pengguna dan peminat k-drama secara lebih meluas lagi.”

Diilhamkan dari drama bersiri Amerika yang mempunyai tajuk yang sama – SUITS, drama versi Korea ini menjanjika­n kelainan dari aspek skrip dan plot yang lebih mendebarka­n.

Choi Kang-Seok (lakonan Jang Dong-Gun) ialah Harvey Specter versi Korea merupakan seorang peguam berjaya dan berkarisma di sebuah firma undang-undang yang berprestij. Sebagai peguam senior, dia mengalami kesukaran untuk mencari peguam baru untuk firmanya.

Sementara itu, Go-Yeun Woo (lakonan Park HyungSik) yang membawa watak Mike Ross merupakan seorang pemuda yang bercita-cita menjadi seorang peguam.

Namun, disebabkan faktor kewangan, dia terpaksa melupakan impiannya lalu berkerja sebagai penjaga parkir sahaja. Akibat terdesak untuk membayar bil hospital neneknya, dia menerima tugas untuk mengedar dadah.

Malang tidak berbau untuk dirinya apabila dia telah diperangka­p dan ketika melarikan diri daripada pihak polis, dia secara tidak sengaja masuk ke bilik temuduga di firma Kang-Seok.

Lantas, Kang-Seok memperguna­kan jawatannya dengan menerima Yeun-Woo sebagai peguam baru yang tiada sebarang kelayakan namun mempunyai keistimewa­an dengan ingatan fotografi yang kuat di samping skil pemahaman yang bagus.

Drama bersiri ini menampilka­n barisan bintang terkenal seperti Jang Dong-Gun (yang pernah membintang­i drama ‘Friend’, ‘Tegukgi: The Brotherhoo­d of War’), Park Hyung-Sik (‘The Heir’, ‘Strong Girl Bongsoon’), Chae Jung-an (‘Queen of Reversals’, ‘Entertaine­r’) dan Ko Sung-hee (‘Miss Korea’, ‘The Night Watchman’s Journal’).

Adakah taruhan Kang-Seok berbaloi atau sebaliknya? Temui jawapannya dengan menyaksika­n ‘SUITS’ bermula 2 Jun setiap Sabtu dan Ahad, 12.00 tengah hari hanya di www. tonton.com.my.

Sementara itu, ‘Lawless Lawyer’ pula mengisahka­n tentang pembunuhan kejam ibu tersayang di tangan seorang hakim yang dihormati menyebabka­n Bong SangPil (lakonan Lee Joon-Gi) ingin membalas dendam di atas kematian ibunya.

Dia menanamkan hasrat untuk menjadi seorang peguam dan kini dia berjaya mencapai cita-citanya itu. Terdesak untuk memenangi kes guamannya, Bong Sang-Pill menggunaka­n kelemahan undangunda­ng dalam kes terdahulu untuk menang.

Apabila manual undangunda­ng tidak boleh diguna pakai, dia akan mengambil jalannya yang tersendiri dengan menggunaka­n kekerasan dalam menegakkan keadilan.

Sang-Pill memperluas­kan legasinya dengan membuka sebuah firma guaman di kampungnya, Gisung. Firmanya telah disertai oleh seorang peguam yang sangat berintegri­ti tinggi, Ha JaeYi (lakonan Seo Ye-Ji).

Akibat memukul seorang hakim kerana keputusan yang berat sebelah, lesen perundanga­n Sang-Pill telah digantung.

Jae-Yi merasakan Gisung merupakan medium terbaik untuknya menyelesai­kan dendam yang disimpan selama ini. Tambahan pula, Sang-Pil mengetahui beberapa maklumat mengenai keputusan perbicaraa­n yang tidak adil dan kes berkaitan punca kematian ibu Jae-Yi yang juga mati di tangan hakim tersebut.

Menampilka­n pelakon handalan seperti Lee Joon-gi (dari drama ‘My Girl’, ‘Arang and the Magistrate’) dan Seo Ye-ji (‘The Night Watchman’s Journal’, ‘Last’), Lee HyeYoung (‘Dal-ja’s Spring’, ‘Queen of Housewives’) dan Choi Min-soo (‘My Wife is a Gangster 3’, ‘The Royal Gambler’) dan juga nama-nama lain yang dikenali dalam industri membuatkan drama ini bakal memberi kelainan kepada anda.

Mampukah Sang-Pil menyelesai­kan kes ini demi menuntut keadilan buat ibunya?

Saksikan ‘Lawless Lawyer’ bermula 13 Jun 2018, setiap Rabu dan Khamis, 12.00 tengah hari hanya di www.tonton. com.my untuk merungkai segala kebenaran.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my atau ikuti tonton melalui platform media sosial rasmi di Facebook, Twitter dan Instagram.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia