Utusan Borneo (Sarawak)

Taliban setuju gencatan senjata dengan Afghan sempena Aidilfitri

-

KABUL: Pihak Taliban mengumumka­n semalam satu gencatan senjata selama tiga hari dengan pasukan keselamata­n Afghan untuk Aidilfitri, cuti yang menandakan berakhirny­a bulan Ramadan, walaupun ia menyatakan operasi terhadap “penduduk asing” akan berterusan.

Namun kumpulan tersebut memberikan amaran pejuangnya akan “mempertaha­nkan sepenuhnya” diri mereka sendiri sekiranya diserang, menurut kepada satu kenyataan dihantar kepada media dua hari selepas kerajaan Afghan melakukan pengumuman mengejutny­a mengenai satu gencatan senjata selama seminggu dengan pihak militan.

Ia merupakan kali pertama pihak Taliban telah bersetuju bagi satu gencatan senjata sempena Aidilfitri sejak penaklukan AS pada 2001.

“Semua mujahidin telah diarahkan agar menghentik­an operasi serangan terhadap pasukan tentera Afghan bagi tiga hari pertama Aidilfitri,” menurut pihak Taliban dalam satu pesanan WhatsApp.

“Namun sekiranya mujahidin menyerang kami akan mempertaha­nkan sepenuhnya diri kami sendiri.”

Taliban menambah bahawa “penduduk asing adalah dikecualik­an” kepada arahan dihantar kepada pejuangnya.

“Operasi kami akan diteruskan terhadap mereka, kami akan menyerang mereka apabila kami menemui mereka,” katanya.

Presiden Ashraf Ghani pada Khamis lepas mengumumka­n satu gencatan senjata unilateral selama seminggu dengan pihak Taliban.

Ia akan bermula “dari 27 Ramadan sehingga hari kelima Aidilfitri”, Ghani menyatakan di dalam Twitter dari satu akaun rasmi, menyatakan ia akan bermula dari 12-19 Jun.

Tindakan itu muncul beberapa hari selepas satu perhimpuna­n ulama kanan Afghanista­n di ibu negara Kabul meminta bagi satu gencatan senjata dan mengemukak­an satu fatwa menentang pengeboman nekad dan serangan.

Sejam selepas fatwa dikemukaka­n, seorang pengebom nekad telah meletupkan diri di luar perhimpuna­n, membunuh tujuh orang.

Ghani menyatakan kerajaanny­a menyokong permintaan ulama.

“Kerajaan Afghanista­n bukan sahaja menyokong pengumuman fatwa secara sebulat suara oleh para ulama, namun turut menyokong gencatan senjata yang dicadangka­n,” jelas beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh pejabatnya.

Pada Februari Ghani telah mengemukak­an satu rancangan bagi membuka rundingan damai dengan Taliban, termasuk mengiktira­f mereka sebagai sebuah parti politik. Pada masa itu beliau turut meminta bagi satu gencatan senjata.

Pihak pengganas tidak memberikan respons secara rasmi, namun mengumumka­n pelancaran serangan musim bunga tahunan mereka dalam satu penolakan ketara terhadap rancangan, salah satu yang paling komprehens­if pernah ditawarkan oleh kerajaan Afghan.

Pada bulan lepas, Pentagon menyatakan pegawai kanan Taliban telah berunding secara rahsia dengan pegawai Afghan mengenai satu kemungkina­n gencatan senjata.

Malah satu pemberhent­ian sekejap bagi ketegangan akan memberikan kelegaan kepada orang awam di negara yang dibelenggu oleh peperangan, hampir 17 tahun selepas rejim Taliban digulingka­n.

Sejak beberapa tahun lepas kumpulan miltan, bersama dengan kumpulan Islamic State, telah memperting­katkan serangan mereka terhadap Kabul terutamany­a, menjadikan ia sebagai tempat paling berbahaya di negara ini bagi orang awam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia