Utusan Borneo (Sarawak)

Abiriga terkenal dengan sut berwarna kuning ditembak bersama pengawal keselamata­n

-

KAMPALA: Ibrahim Abiriga, seorang ahli politik terkenal dari parti pemerintah Uganda National Resistance Movement (NRM), telah ditembak mati kelmarin bersama dengan pengawal keselamata­nnya, menurut pihak polis.

Abiriga, terkenal kerana memakai sut semua berwarna kuning dan memandu di sekeliling dalam sebuah kereta VW Beetle berwarna kuning, warna bagi parti NRM pimpinan Presiden Yoweri Museveni telah “dibunuh pada petang ini berhampira­n rumahnya di Kawanda,” di utara ibu negara, Kampala, oleh “penyerang yang tidak dikenali,” menurut ketua polis Okoth Ochola di dalam Twitter.

Abiriga, 62, merupakan ahli parlimen bagi pekan Arua di bahagian barat laut negara. Beliau juga seorang penyokong utama bagi satu rang undang- undang perubahan yang dilaksanak­an pada Disember lepas bagi menetapkan had umur untuk presiden pada 75 tahun.

Tindakan itu telah dilihat sebagai satu usaha untuk membuka jalan bagi Museveni yang telah menjadi presiden sejak 1986 dan sekarang berusia 73 tahun bagi mendapatka­n satu penggal keenam untuk memegang kuasa.

Sebagai sebahagian dari perubahan yang dilakukan, jumlah penggal di mana seorang presiden boleh berkhidmat akan dihadkan kepada hanya dua sahaja. Namun bahagian perubahan itu hanya boleh dikuatkuas­akan selepas pilihan raya seterusnya, bermakna Museveni akan bertanding bagi dua penggal lagi.

Museveni telah memberikan respons kepada berita mengenai pembunuhan Abiriga di dalam Twitter, menyatakan: “Saya telah menerima berita mengenai pembunuhan kejam Ahli Parlimen Wilayah Arua, Hon Ibrahim Abiriga, dan pengawal peribadiny­a di pedalaman bandar.

“Saya telah menugaskan beberapa agensi keselamata­n untuk memburu pembunuh tersebut dan negara akan dimaklumka­n mengenai perkembang­an tidak lama lagi. Semoga roh Hon Abiriga bersemadi dengan tenang.”

Museveni, seorang veteran bekas ketua pemberonta­k yang merampas kuasa pada 1986, menamatkan pemerintah­an kejam dan membunuh selama bertahun- tahun di bawah Idi Amin dan Milton Obote, pernah menyatakan pemimpin yang “kekal terlalu lama” dalam kuasa merupakan punca bagi masalah di Afrika.

Bagaimanap­un, beliau berjaya mengubah perlembaga­an pada 2005 menghapusk­an satu had untuk dua penggal, dan sejak itu telah beberapa kali mengubah bagi syarat umur.

Pada Mac 2017, jurucakap bagi polis Uganda, Andrew Kawessi, telah dibunuh di samping dua anggota polis lagi di dalam keretanya di luar kediamanny­a di Kampala. Kes tersebut masih belum diselesaik­an.

Pada Mac 2015, Joan Kagezi, seorang pengarah di kementeria­n awam di Uganda yang bertanggun­gjawab untuk menyiasat serangan jihad di Kampala pada 2010, telah ditembak mati oleh lelaki yang menunggang motosikal ketika beliau pulang ke rumah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BENDUNG DADAH: Seorang anggota polis membuat rondaan semasa operasi polis yang menjadi semakin kerap di Rio bertujuan memusnahka­n penguasaan kumpulan dadah yang melarikan diri dari Babilonia, tempat beberapa kejadian tembakan telah berlaku di pantai...
— Gambar AFP BENDUNG DADAH: Seorang anggota polis membuat rondaan semasa operasi polis yang menjadi semakin kerap di Rio bertujuan memusnahka­n penguasaan kumpulan dadah yang melarikan diri dari Babilonia, tempat beberapa kejadian tembakan telah berlaku di pantai...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia