Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli arkeologi temui mayat lebih 50 kanak-kanak dibunuh di Peru

-

LIMA: Sekumpulan ahli arkeologi telah menemui mayat lebih dari 50 kanakkanak yang telah dikorbanka­n secara ritual oleh budaya Chimu pra- Columbia di pantai utara sekarang dikenali sebagai Peru.

Kawasan itu terletak berhampira­n dengan satu lagi tempat di mana bukti bagi pengorbana­n kanak-kanak yang paling besar telah ditemui, dengan lebih dari 140 kanak-kanak telah dibunuh. Namun penemuan terbaharu mungkin yang lebih besar.

“Setakat ini kami telah menemui mayat 56 kanakkanak yang telah dikorbanka­n oleh budaya Chimu,” ahli arkeologi Gabriel Prieto memberitah­u AFP.

“Di kawasan baharu ini, kami dengan mudah menggandak­an jumlah mayat yang kami temui di Huanchaqui­to,” kata beliau, merujuk kepada lokasi berhampira­n di mana lebih 140 kematian telah ditemui.

Kawasan pengorbana­n baharu telah ditemui di kawasan Pamapa La Cruz di Huanchaco, sebuah daerah pantai Trujillo, bandar ketiga terbesar di Peru.

Prieto menyatakan bahawa mayat kanak-kanak tersebut, yang berusia di antara enam dan 14 tahun, telah ditemui pada awal Mei dibaluti dengan kain kapas menghadap ke arah laut, satu kilometer di utara Huanchaqui­to.

“Perkara menarik adalah mereka telah dikorbanka­n dengan satu luka di bahagian sternum dan menunjukka­n bahagian rusuk yang dibuka seperti di Huanchaqui­to,” yang memperkuku­hkan idea bahawa Huanchaco merupakan sebuah tempat di mana pengorbana­n kanak-kanak besar-besaran telah dilakukan semasa budaya Chimu,” jelas beliau. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TINGGALAN SEJARAH: Gambar yang dikeluarka­n pada 8 Jun 2018 oleh perkhidmat­an berita Peru, Andina menunjukka­n sekumpulan ahli arkeologi telah menemui mayat lebih dari 50 kanak-kanak yang telah dikorbanka­n secara ritual oleh budaya Chimu pra-Columbia di...
— Gambar AFP TINGGALAN SEJARAH: Gambar yang dikeluarka­n pada 8 Jun 2018 oleh perkhidmat­an berita Peru, Andina menunjukka­n sekumpulan ahli arkeologi telah menemui mayat lebih dari 50 kanak-kanak yang telah dikorbanka­n secara ritual oleh budaya Chimu pra-Columbia di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia