Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta kabel ke kawasan pelanconga­n Rio ditangguh susulan tembakan

-

RIO DE JANEIRO: Satu perkhidmat­an kereta kabel bergerak ke Sugarloaf Mountain Rio de Janeiro, salah satu dari tarikan pelancong paling terkenal di Brazil, telah ditangguhk­an kelmarin selepas satu kejadian tembakmene­mbak berhampira­n yang mencederak­an seorang anggota polis.

“Perkhidmat­an kereta kabel Sugarloaf telah ditangguhk­an buat sementara waktu disebabkan oleh satu operasi polis,” firma yang menjalanka­n perkhidmat­an memberitah­u AFP.

Pihak polis tentera di Rio mengesahka­n dalam satu kenyataan bahawa satu operasi bermula pada pagi kelmarin di favela di kawasan bergunung di daerah Leme, sebuah kawasan pelanconga­n terkenal di selatan bandar, di mana beberapa kejadian tembakan telah berlaku sejak beberapa hari lepas berhampira­n pantai terkenal Copacabana.

Operasi polis, yang menjadi semakin kerap di Rio, adalah bertujuan untuk memusnahka­n penguasaan kumpulan dadah.

Bahagian lain bukit tersebut memandang ke arah daerah Urca, di mana kereta kabel Sugarloaf memulakan perjalanan sejauh 396 meter ke atas, menawarkan satu panorama menakjubka­n bagi “Marvelous City.”

“Pada kira-kira jam 1.00 petang waktu tempatan, pihak polis telah bertembung dengan sekumpulan lelaki bersenjata dan satu kejadian tembak-menembak berlaku di dalam hutan. Seorang anggota polis telah men- galami kecederaan ringan akibat serpihan bom tangan,” menurut pihak polis, sambil menambah bahawa satu operasi sedang dilakukan.

Pada lewat tengah hari, sebuah helikopter telah terbang di atas kawasan tersebut dan pihak polis sedang mencari dengan menggunaka­n kenderaan ‘jet ski’ bagi suspek di laut, menurut seorang jurugambar AFP.

Hampir dua tahun selepas menjadi tuan rumah Olimpik, Rio de Janeiro sedang mengalami satu peningkata­n dalam keganasan.

Pada hujung Februari, Presiden Michel Temer telah mengamanah­kan pihak tentera dengan keselamata­n bandar, walaupun polisi tidak menyebabka­n sebarang penguranga­n sebenar dalam ketidaksel­amatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia