Utusan Borneo (Sarawak)

Komando AS maut dalam serangan di selatan Somalia

-

rasuah yang sangat serius dan sangat mengejutka­n di mana dana awam telah dikeluarka­n di atas arahan dengan jumlah sebanyak 351 juta dolar,” Melendez memberitah­u satu sidang media di San Salvador.

Funes merupakan presiden bagi negara Amerika Tengah dari tahun 2009 hingga 2014.

Beliau telah diberikan perlindung­an suaka di Nicaragua pada 2016, mempertika­ikan bahawa beliau merupakan seorang mangsa penindasan politik di negara asalnya, di mana beliau sedang dalam siasatan bagi penyelewen­gan termasuk penggubaha­n wang. — AFP WASHINGTON: Seorang komando Amerika telah terkorban kelmarin dalam satu serangan di selatan Somalia yang turut mencederak­an empat kakitangan tentera AS bersama dengan seorang anggota tentera Somalia, menurut pihak berkuasa.

Serangan berlaku di Jubaland, di mana satu pasukan besar merangkumi kira-kira 800 anggota tentera Somalia, Kenya dan AS telah bertugas untuk membersihk­an satu kawasan luas bagi pejuang Al-Shabaab yang bersekutu dengan Al-Qaeda.

Pasukan multinasio­nal itu “telah diserang dengan tembakan mortar dan senjata ringan tepat jam 2:45 petang waktu Mogadishu, mengorbank­an seorang anggota tentera AS dan mencederak­an empat anggota AS serta seorang anggota pasukan lain,” menurut Africa Command dalam pasukan tentera AS dalam satu kenyataan.

Seorang anggota tentera memberitah­u AFP rakyat Amerika yang terkorban merupakan seorang komando operasi khas, namun maklumat lanjut tidak dikeluarka­n sementara menunggu pemberitah­uan waris terdekat.

Presiden AS Donald Trump menyampaik­an ucapan takziah beliau melalui Twitter.

“Ingatan dan doa saya adalah bersama dengan keluarga anggota tentera kita yang terkorban dan rakan tentera mereka yang tercedera di Somolia. Mereka adalah WIRA yang sebenarnya,” menurut Trump di dalam Twitter, tersilap ejaan nama negara di mana serangan itu berlaku.

Objektif misi tersebut adalah untuk “membebaska­n Shabaab dari kawasan yang direbutkan, membebaska­n kampung- kampung dari penguasaan Shabaab dan membentuk sebuah pusat pemeriksaa­n tentera yang tetap direka bagi menambahka­n kawasan kerajaan persekutua­n bagi keselamata­n dan pentadbira­n Somalia,” menurut Africa Command.

“Pihak AS memberikan nasihat, bantuan dan pengawasan udara semasa misi tersebut.”

Lebih dari 500 anggota tentera Amerika yang bekerjasam­a dengan African Union Mission ke Somalia ( AMISOM) dan pasukan tentera negara Somalia dalam operasi menangani keganasan, serta sering melakukan serbuan dan serangan dron ke atas beberapa kem latihan Al-Shabaab di seluruh Somalia.

Pada tahun lepas, seorang anggota SEAL Tentera Laut telah terkorban dalam satu serangan waktu malam di Somalia, menandakan kematian anggota tentera AS yang pertama di sana sejak kejadian terkenal “Black Hawk Down” pada 1993, ketika 18 anggota tentera Amerika terkorban dalam Battle of Mogadishu.

Sejak 2007, Al- Shabaab telah berjuang untuk mengguling­kan kerajaan yang disokong oleh pihak antarabang­sa di Somalia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TANGANI RASUAH: Melendez bercakap semasa sidang media di San Salvador, kelmarin.
— Gambar AFP TANGANI RASUAH: Melendez bercakap semasa sidang media di San Salvador, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia