Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga saman kerajaan AS kes tembakan di gereja

Mereka mendakwa ia mungkin mampu menghalang penyerang bersenjata peroleh senjata api secara sah

-

CHICAGO: Sebuah keluarga yang kehilangan tiga generasiny­a dalam satu kejadian tembakan beramai- ramai di gereja Texas pada November telah memfailkan satu tuntutan saman kelmarin terhadap kerajaan AS, mendakwa ia mungkin dapat menghalang penyerang bersenjata dari memperoleh­i senjata api secara sah.

Devin Patrick Kelley, yang memiliki satu sejarah bagi penderaan domestik dan masalah kesihatan mental, telah membunuh 26 orang dan mencederak­an 20 lagi di First Baptist Church di Sutherland Springs, Texas.

Beberapa mangsa termasuk Noah Holcombe berusia satu tahun dan ibu saudaranya Crystal Holcombe berusia 36 tahun, yang sedang men- gandung dan meninggal dunia bersama dengan tiga dari lima anaknya. Secara keseluruha­n, keluarga Holcombe di antara sembilan orang yang terkorban dalam serangan itu.

Tuntutan saman telah difailkan oleh Joe dan Claryce Holcombe, yang berusia pertengaha­n 80- an serta kehilangan anak-anak, cucu dan cicit mereka.

Kelley telah membeli senjata secara sah walaupun bekas banduan adalah selalunya tidak dibenarkan untuk memiliki senjata. Penjual berlesen adalah sepatutnya memeriksa pangkalan data negara sebelum melengkapk­an satu pembelian.

Namun Kelley telah mampu untuk melepasi sistem pemeriksaa­n latar belakang, kerana Pasukan Tentera Udara AS tidak melaporkan tentang dua pensabitan keganasan domestik dari lima tahun sebelum ii.

“Kegagalan yang ketara cuai dan tidak peduli oleh pihak Pasukan Tentera Udara AS untuk memenuhi tanggungja­wab penyediaan laporan mereka mengakibat­kan beberapa peluang bagi pelbagai agensi penguatkua­saan undang- undang tempatan untuk menghalang keganasan selanjutny­a oleh Kelley,” menurut tuntutan saman.

Kelley dibunuh oleh seorang orang awam bersenjata yang melibatkan beliau dalam satu tembak-menembak telah disabitkan oleh mahkamah tentera pada 2012 bagi dua tuduhan bagi serangan terhadap isteri dan anak tiri lelakinya, serta menerima satu arahan pemecatan kerana kelakuan buruk dari Pasukan Tentera Udara pada 2014.

Dalam satu penilaian, Pasukan Tentera Udara telah menemui beberapa kes lain di mana pensabitan jenayah tidak dilaporkan secara sepatutnya kepada pangkalan data penguat kuasa undangunda­ng.

Inspektor jeneral di Pentagon mendedahka­n pada Disember bahawa satu penilaian anggota polis tentera bagi semua perkhidmat­an mendapati bahawa mereka selalunya gagal untuk mengemas kini satu pangkalan data persekutua­n dengan cap jari dan kesan bagi pensabitan jenayah tentera.

Pihak Pasukan Tentera Udara AS tidak segera memberi kenyataan bagi komen yang diminta berkaitan dengan tuntutan saman. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SERANGAN SENJATA API: Orang ramai berkumpul untuk masuk ke dalam First Baptist Church bagi memperinga­ti mereka yang terbunuh dalam kejadian tembakan di Sutherland Springs, Texas, A.S pada 15 November 2017.
— Gambar Reuters SERANGAN SENJATA API: Orang ramai berkumpul untuk masuk ke dalam First Baptist Church bagi memperinga­ti mereka yang terbunuh dalam kejadian tembakan di Sutherland Springs, Texas, A.S pada 15 November 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia