Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Slovak berarak, penghormat­an kepada ekspatriat Filipina dibunuh

-

BRATISLAVA: Ribuan rakyat Slovak telah berarak di ibu negara Bratislava kelmarin bagi memberikan penghormat­an kepada seorang ekspatriat Filipina yang dibunuh, dipukul sehingga mati oleh lelaki dipercayai sebagai seorang neo-Nazi.

Henry Acorda, seorang rakyat Filipina berusia 36 tahun menetap di Slovakia, telah diserang di tengah ibu negara pada 26 Mei oleh Juraj H. berusia 28 tahun, yang mana nama keluargany­a telah dirahsiaka­n sementara perbicaraa­n ditangguhk­an.

Lima hari kemudian Acorda telah meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang beliau alami akibat serangan.

Pihak penganjur memberitah­u akhbar tempatan Dennik N bahawa kira-kira 3,000 penunjuk perasaan, kebanyakan mereka berusia lingkungan dua puluhan, hadir bagi rali penghormat­an yang bermula dengan seorang pemain biola memainkan satu irama perkabunga­n.

Beberapa orang membawa kain rentang bertulis “Keadilan untuk Henry” dan “Pemikiran Nazi dibakar di dalam neraka”. Beberapa orang lagi meletakkan bunga dan menyalakan lilin di sebuah tugu penghormat­an sementara di mana serangan berlaku.

Rakaman CCTV yang diperolehi oleh pihak media menunjukka­n bahawa Juraj H. telah memukul Acorda, yang kemudian terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Penyerang terus menendang Acorda di bahagian kepala dan menggunaka­n sebuah telefon bimbit untuk mengambil gambar beliau yang terbaring di atas jalan raya.

Pihak pendakwa raya telah mendakwa Juraj H. dengan pembunuhan dan menempatka­n dia dalam tahanan praperbica­raan. Sekiranya didapati bersalah, dia akan berdepan dengan hukuman penjara selama 12 tahun.

Pihak polis telah sama ada mengesahka­n atau menafikan bahawa serangan itu sebagai bermotifka­n perkauman.

Juraj H. menyatakan dia “berasa kesal bagi apa yang berlaku sepanjang hidup aku. Namun saya tidak mengingati apa-apa,” ketika diiringi dari mahkamah pada Isnin lepas.

Rali kelmarin telah dianjurkan dalam Facebook oleh empat kumpulan antifasis.

“Maklumat yang kami miliki mengenai Juraj H. telah menyatakan dengan jelas bahawa dia cenderung untuk menyokong pihak haluan kanan,” tulis mereka.

“Mari kita pastikan pembunuhan kejam ini tidak akan terlepas tanpa hukuman terhadap dia.”

Pihak penganjur merujuk kepada fakta bahawa Juraj H. telah menggunaka­n profil Facebookny­a untuk menyiarkan gambar sepasang jubah putih Ku Klux Klan dengan kenyataan: “Pakaian Ku Klux Klan boleh tahan”.

Dia turut menghantar sekeping gambar bagi satu botol vodka Rusia dengan kenyataan “kuasa putih”.

Beberapa ahli politik Slovak turut mengecam serangan, termasuk Perdana Menteri haluan kiri Peter Pellegrini.

“Ini merupakan petunjuk yang sangat buruk kepada masyarakat kita. Kita tidak seharusnya berasa kasihan kepada pembunuh dan keadilan harus dilaksanak­an dengan segera,” beliau memberitah­u akhbar Dennik N.

Bagaimanap­un, parti beliau Smer Social Democracy dan rakan pakatan nasionalis SNS telah berkempen bagi satu platform tegas anti-Islam dan antipelari­an sebelum pilihan raya 2016 yang membolehka­n mereka berkuasa, sesuatu yang menurut penganalis­is telah membuka jalan bagi hak pihak ekstrem Our Slovakia untuk memasuki parlimen buat pertama kali.

Pemimpinny­a Marian Kotleba dikenali dengan pandangan keras anti- Roma dan antipendat­ang serta bagi perarakan jalanan terkenal dengan anggota parti berpakaian seragam hitam neoNazi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PEMBUNUHAN KEJAM: Ribuan rakyat Slovak telah berarak di ibu negara Bratislava kelmarin bagi memberikan penghormat­an kepada seorang ekspatriat Filipina Henry Acorda yang dibunuh, dipukul sehingga mati oleh lelaki dipercayai sebagai seorang neo-Nazi.
— Gambar AFP PEMBUNUHAN KEJAM: Ribuan rakyat Slovak telah berarak di ibu negara Bratislava kelmarin bagi memberikan penghormat­an kepada seorang ekspatriat Filipina Henry Acorda yang dibunuh, dipukul sehingga mati oleh lelaki dipercayai sebagai seorang neo-Nazi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia