Utusan Borneo (Sarawak)

Proton bakal lancar SUV baharu pada suku keempat 2018

-

SHAH ALAM: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, bakal melancarka­n kenderaan utiliti sukannya (SUV), yang akan berdasarka­n kepada model terbaharu Geely Boyue, menjelang suku keempat tahun ini.

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif cabang pembuatann­ya Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, berkata, Proton masih belum memutuskan tarikh sebenar pelancaran model itu, yang dijangkaka­n pada September atau Oktober ini.

SUV itu akan diperkenal­kan dalam dua fasa, bagi unit kereta siap dipasang sepenuhnya (CBU) dan unit terurai untuk dipasang (CKD).

“Unit CBU yang diimport akan tiba pada Julai dan selepas pelancaran­nya kami akan memantau permintaan. Sebaik sahaja kami mengukur permintaan, kami akan mula melancarka­n model yang di- pasang tempatan,” katanya kepada pemberita pada pelancaran cawangan pengedar Proton 4S pertama yang dinaik taraf, di sini, kelmarin.

Li berkata Proton mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk mereka bentuk kenderaan yang dinanti-nantikan itu bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dengan pemanduan di sebelah kanan.

“Model Boyue di China adalah bagi pemanduan sebelah kiri. Kami mengambil masa yang lama untuk mereka bentuk semula SUV itu. Kami tidak ada masalah mengeluark­an kereta dalam negara, tetapi adakah ada permintaan? Itu yang perlu kami ketahui,” katanya.

Mengenai harga SUV itu, yang disasarkan menyaingi model Honda CR-V dan Nissan X-Trail, Li berkata:”ia akan mampu milik.”

Sementara itu, pusat 4S dinaik taraf yang dilancarka­n kelmarin, yang dikendalik­an oleh Setia Gemilang Auto Sdn Bhd, menampilka­n gaya baharu, menetapkan standard baharu bagi memastikan platform jualan dan servis sejajar dengan model perniagaan syarikat dan objektif untuk menyediaka­n kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan.

Li berkata syarikat itu akan menaik taraf 109 cawangan pengedarny­a di seluruh negara kepada status 3S atau 4S status menjelang Oktober tahun ini sebagai persiapan bagi pelancaran SUV itu.

“Setakat 31 Mei, 2018, 82 cawangan telah bersedia untuk dinaik taraf kepada pusat 3S atau 4S. Ini adalah pencapaian 75 peratus berbanding sasaran, satu kejayaan yang dicapai dalam tempoh lima bulan, dua bulan lebih awal daripada yang dijadualka­n,” katanya.

Beliau berkata susun atur baharu itu dijangka menarik lebih ramai pengunjung ke cawangan pengedar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JUALAN AMAL: Norhizam (dua kiri) bersama Ahli Parlimen Kota Melaka yang juga Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong (tiga kiri) membantu jualan kepada tabung Harapan Malaysia bagi tabung Harapan Malaysia di hadapan Pasar Transit Melaka di Jalan Fatimah...
— Gambar Bernama JUALAN AMAL: Norhizam (dua kiri) bersama Ahli Parlimen Kota Melaka yang juga Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong (tiga kiri) membantu jualan kepada tabung Harapan Malaysia bagi tabung Harapan Malaysia di hadapan Pasar Transit Melaka di Jalan Fatimah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia