Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines jangka catat prestasi lebih baik tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menjangkak­an dapat mencatat prestasi kewangan lebih baik pada penghujung tahun ini selain terus berusaha gigih untuk mengekalka­n pertumbuha­nnya pada 2019.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Group (MAG), Izham Ismail berkata syarikat penerbanga­n nasional itu turut bersiap sedia bagi mengharung­i tahun mendatang yang mencabar dari segi persaingan dan kadar tukaran asing yang tidak menentu.

Kenaikan harga minyak turut menjadi tumpuan kerana meningkat hampir 100 peratus berbanding awal 2016, katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

“Bagi kemajuan masa depan, kami akan terus berusaha menjana pulangan dengan memberi tumpuan terhadap segmen premium bagi menampung kesan kenaikan kos,” katanya.

Syarikat penerbanga­n itu dimiliki dan diuruskan oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB) sejak September 2015.

MAB merekodkan peningkata­n hasil daripada penumpang sebanyak 6.6 peratus pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2018 (Q12018) kepada 22.6 sen berbanding 21.2 sen pada suku pertama 2017.

Pencapaian itu dapat dicatatkan biarpun berdepan persaingan sengit di peringkat antarabang­sa mahu pun domestik.

Selain itu, perolehan tempat duduk tersedia bagi setiap kil- ometer (RASK) turut mencatat pertumbuha­n sihat sebanyak 3.5 peratus bagi tahun ke tahun manakala jumlah perolehan juga berkembang sebanyak 2.0 peratus bagi tahun ke tahun.

“Prestasi kita pada suku pertama adalah seiring dengan sasaran ditetapkan manakala tumpuan terhadap pulangan yang bermula pada separuh kedua tahun sebelumnya, terus membuahkan hasil dengan peningkata­n keseluruha­n dari segi pulangan dan RASK.

“Saya amat gembira dengan perkembang­an yang menggalakk­an pada suku pertama 2018, terutamany­a selepas tahun kewangan 2017 yang mencabar dan menyaksika­n prestasi syarikat tidak seiring dengan bajet,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia