Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat data raya Anhui papar penyepadua­n teknologi, kehidupan

-

HUAINAN (CHINA): Selangkah memasuki ‘terowong masa’ di Pusat Demonstras­i Data Raya di Huainan, China, ternyata menyuntik pengalaman mengujakan antara penyepadua­n teknologi serba canggih serta kehidupan seharian.

Malah, penyepadua­n maklumat lampau dan terkini dipaparkan terowong yang menyamai fiksyen sains, juga membuktika­n peranan teknologi serta data yang saling berkaitan dan akan terus berperanan penting untuk merangka perkembang­an masa depan.

Tidak kiralah sama ada data masa sebenar itu memaparkan keadaan jalan di bandar ini yang terletak di wilayah Anhui di timur China atau sekadar merakam perkembang­an di kawasan tumpuan awam seminggu lepas dan beberapa maklumat transmisi satelit tertentu, kesemua data itu disimpan kemas di pusat berkenaan yang dirakam menerusi teknologi paling inovatif dan pengendali­nya yang berkemahir­an tinggi.

Inilah pengalaman sekumpulan wartawan ASEAN yang berpeluang mengunjung­i Pusat Data Raya ini bagi menyelami peranan serta data teknologi canggihnya.

Peranannya daripada aspek pemantauan kawasan awam menerusi CCTV (kamera litar tertutup) dan menara tinggi, mengemaski­ni maklumat cuaca dan persekitar­an alam sekitar sehinggala­h data terperinci masa sebenar penggunaan telefon bimbit di serata China yang beroperasi 24 jam.

Pusat dalam binaan berupa pavilion pelbagai fungsi, moden dan berteknolo­gi canggih yang siap dibina pada 2017, dilengkapi ruang seluas kira-kira 5,000 meter persegi di Daerah Shannan dengan paparan pilihan termasuk ruang pameran aplikasi data raya, pusat pemantauan dan pusat dagangan.

Secara tidak langsung, ini turut menggambar­kan Huainan baharu yang mempelbaga­ikan ekonominya seiring dengan perniagaan data raya era baharu, pengkomput­eran awan dan internet.

Data raya pusat itu juga boleh digunakan bagi menambah baik pelbagai kawasan bandar itu termasuk aspek kehidupan pendudukny­a, pusat kesihatan, pelanconga­n, pengangkut­an, komunikasi satelit, kewangan dan pendidikan.

Semua ini seiring dengan peranannya memperting­katkan penyepadua­n platform sumber maklumat kerajaan dan membuka perkongsia­n kesalinghu­bungan data awam menerusi gabungan data penyelidik­an, data industri dan ekonomi digital.

Sebagaiman­a diakui Pengurus pusat transaksi data kemudahan itu, Ding Song Bai, pusat berkenaan ternyata mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan yang berminat mendapatka­n data berkaitan.

Selain itu, kumpulan media ASEAN itu turut dibawa ke Lu’an iaitu antara bandar utama wilayah Anhui.

Datuk Bandarnya, Ye Luzhong, berpendapa­t dasar keterbukaa­n China kepada dunia yang bermula kira-kira 40 tahun lalu, bukan hanya mengenai perkembang­an kemajuan bidang sains dan teknologin­ya, tetapi turut merangkumi usaha memperkena­lkan budaya dan warisan tradisiona­l negara tembok besar itu kepada dunia.

Beliau yang juga Naib Setiausaha Jawatankua­sa Perbandara­n CPC (Parti Komunis China) Lu’an, turut berkongsi keunikan beberapa tokoh sastera dan nama-nama terkenal dari Lu’an, termasuk Gan Yao, Penggubal Undang-Undang China dan Zhou Yu, jeneral terkenal pada zaman Tiga Kerajaan China, dan Li Gonglin, pelukis terkenal pada Dinasti Song.

Menurutnya, bandar itu mempunyai sejarah panjang dan asal usul peradaban Sungai Huaihe seawal 4,000 tahun sebelumnya dan turut dikenali kerana tarikan seperti Pergununga­n Dabie, hutan buluh, taman, kawasan penanaman teh dan hasil batuan jed. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia