Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha bongkar ‘fail merah’ masih dijalankan: Lim Guan Eng

-

PUTRAJAYA: Pembongkar­an ‘fail merah’ terbukti masih belum berakhir apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membayangk­an beberapa fail tersebut akan mendedahka­n lebih banyak skandal susulan siasatan yang masih dijalankan di kementeria­n itu.

“Jika anda merujuk skandal yang bernilai berbilion ringgit, yang paling besar...saya rasa setakat itu sahaja.

“Bagaimanap­un, siasatan ini masih lagi dijalankan. Selainnya dalam jumlah yang kecil, (mungkin) babitkan jutaan (ringgit). Kita akan menanganin­ya kemudian.”

“Dokumen itu juga masih diteliti. Ini merupakan proses yang getir tetapi perlu dilakukan. Kita perlu menunggu dan membersihk­annya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif dengan Bernama yang diadakan genap sebulan berakhirny­a Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksika­n kejayaan Pakatan Harapan menawan Putrajaya.

Ditanyamen­genaikemun­gkinan ‘fail merah’ tertentu dimusnahka­n sebelum peralihan kerajaan, Lim berkata : “Anda boleh memusnahka­n dokumen tapi kita boleh menyusunny­a (semula). Kemajuan hari ini membolehka­n jejak wang sedemikian mampu dikesan. Oleh itu, adalah sukar untuk menyembuny­ikannya.”

Beliau berkata, sewaktu memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan pada 22 Mei, 2018, maklumat yang dibentangk­an kepadanya adalah jauh lebih buruk daripada jangkaan awal.

“Saya amat terkejut. Malah, sejak itu saya terpaksa mengharung­i ‘lautan’ dakwat merah ini,” katanya.

Pendedahan sebelum ini menunjukka­n kerajaan terpaksa berusaha mendapatka­n wang berjumlah RM6.9 bilion bagi membayar hutang 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) sejak April 2017.

Ini kemudianny­a disusuli oleh pendedahan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini turut menggunaka­n wang daripada urus niaga dengan Khazanah Nasional Bhd serta hasil jualan tanah kepada Bank Negara Malaysia untuk melunaskan obligasi hutang 1MDB.

Ketika rakyat masih terkejut dengan perkembang­an itu, mereka didedahkan pula den- gan satu skandal saluran paip gas membabitka­n RM9.41 bilion yang turut dikaitkan dengan 1MDB.

“Mereka tergamak berbohong,” kata Lim yang turut berkongsi nada kecewanya.

“Mereka (BN) juga katakan bahawa mereka hanya mengikut standard IMF (Tabung Kewangan Antarabang­sa). Sebab itulah jumlah (hutang) sebanyak RM686.8 bilion. Namun bagaimana pula dengan jaminan hutang kerajaan yang mencecah 199.1 billion?

“Begitu juga projek perkongsia­n awam- swasta bernilai RM201.4 bilion yang membawa kepada jumlah hutang mencecah sehingga RM1 trilion.

“Dalam terma ekonomi, sebarang hutang yang meragukan perlu diakui sebagai hutang lapuk dan perlu diselesaik­an.

“Apa yang kita ada merupakan bebanan hutang yang perlu kita langsaikan bagi pihak syarikat seperti 1MDB,” katanya.

Menurutnya, di sebalik perkembang­an itu, rakyat Malaysia masih bernasib baik kerana menyaksika­n perubahan kerajaan pada pilihan raya lepas.

“Kita kini dapat menangani isu hutang dengan sewajarnya.”

Lim turut menegaskan bahawa kerajaan baharu ini bukanlah bersifat ‘mulut manis’ dan rakyat berhak mengetahui perkara sebenar.

Justeru, apa yang penting adalah memaklumka­n perkara sebenar berkaitan keadaan kewangan negara bagi membolehka­n Malaysia memulakan proses pembinaan semula, katanya.

Kerajaan Pakatan Harapan juga tidak membazirka­n sebarang masa untuk memulakan tugas yang diamanahka­n dengan seberapa segera.

“Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed) telah mengumumka­n pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), kita juga telah menstabilk­an harga minyak, mengumumka­n Bantuan Sara Hidup Rakyat dan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam Gred 41 dan ke bawah (sempena Hari Raya),” katanya.

Golongan pesara juga tidak terkecuali apabila kerajaan turut mengumumka­n bayaran khas RM200.

“Ini membabitka­n pembayaran sebanyak RM22 bilion iaitu wang yang dikembalik­an semula kepada rakyat. Kita boleh lakukan ini tanpa GST,” katanya.

Mengulas kemajuan masa depan, beliau berkata apa yang penting adalah untuk mengurangk­an aspek kewangan dan berjimat.

“Sebagaiman­a yang Tun Dr Mahathir tekankan, kita juga tidak boleh mengharapk­an lagi pemberian habuan secara percuma.”

Ditanya mengenai perancanga­n kerajaan Pakatan Harapan dan manfaat yang bakal dibentangk­an dalam Bajet 2019, beliau berkata : “Biarkan saya tangani dahulu perkara yang berlaku pada tahun ini.

“Kita perlu menelan ubat (pahit), apalagi Perdana Menteri kita adalah seorang doktor. Bagi saya, soal ini (masalah hutang negara) masih boleh dipulihkan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia