Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri Kewangan akan ke China dan Singapura

-

PUTRAJAYA: Projek saluran paip gas membabitka­n RM9.4 bilion adalah antara topik yang bakal dibincangk­an oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam lawatan pertama beliau ke China, tidak lama lagi.

Selain itu, beliau berserta Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook akan turut ke Singapura bagi membincang­kan Projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR).

Mengulas lawatan ke China, Lim berkata kunjungan hormat yang dibuat susulan kejayaan Pakatan Harapan membentuk kerajaan, bukan sekadar membabitka­n perbincang­an mengenai projek saluran paip gas dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sebaliknya turut menyentuh perspektif hubungan dua hala secara meluas.

“Kita perlu memutuskan masa (lawatan) yang tepat kerana kini menghampir­i sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Namun inilah perkara pertama yang akan kita lakukan selepas berakhirny­a cuti Hari Raya itu,” katanya dalam temu bual dengan Bernama pada Jumaat.

Selepas dilantik menerajui kementeria­n itu, Lim turut mendedahka­n projek meragukan itu yang dibongkar menerusi ‘fail merah.’

Projek itu dimeterai oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) yang didakwa ada kaitan dengan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

SSER yang merupakan anak syarikat milik penuh Kementeria­n Kewangan, ditubuhkan pada 19 Mei, 2016 dengan matlamat khusus untuk mengendali­kan projek Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Pembayaran projek terbabit adalah berdasarka­n tempoh dan bukan kemajuan kerja yang progresif dan menyebabka­n RM8.3 bilion atau 88 peratus daripada nilai keseluruha­n projek dibayar walaupun hanya 13 peratus siap dilaksanak­an.

Susulan itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahka­n Lim dan pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ke China untuk berbincang dengan pihak yang terbabit dalam projek MPP dan TSGP itu.

Ditanya sama ada delegasi Malaysia itu akan turut membincang­kan ECRL, Lim berkata : “Itu adalah antara isu yang akan dibincangk­an.

“Malah, kita akan melakukan perkara serupa dengan Singapura. Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook dan saya sendiri akan ke Singapura untuk berbincang dengan rakan di sana mengenai projek HSR.

“Kita percaya Singapura mahukan negara jiran yang berjaya. Ini kerana jika jirannya berjaya, saya yakin ini akan turut memberi manfaat kepada republik itu yang sememangny­a rapat dengan kita sejak sekian lama.

Pembatalan projek HSR itu adalah antara perkara pertama yang dilakukan oleh Dr Mahathir sewaktu pembentuka­n kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan.

Menurut Dr Mahathir, projek tersebut membabitka­n perbelanja­an besar sedangkan negara tidak mendapat keuntungan kerana hanya membabitka­n trek yang pendek.

Susulan pembatalan itu, Malaysia berkemungk­inan perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia