Utusan Borneo (Sarawak)

Wegahome Electrical buka cawangan di Pusat Beli-Belah Aiman

-

KOTA SAMARAHAN: Wegahome Electrical Sdn Bhd kini membuka cawangan ketiga di Pusat Beli-Belah Aiman, Kota Samarahan.

Bersempena pembukaan premis baharu itu, Wegahome menawarkan promosi harga kejutan kepada pelanggan khususnya dari kawasan sekitar Daerah Samarahan dan Asajaya.

Promosi itu ditawarkan dari 9 hingga 14 Jun di cawangan ketiga Wegahome di Pusat Beli-Belah Aiman yang dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Malah, pelanggan yang membuat pembelian barangan elektrik mahupun elektronik bernilai RM500 dan ke atas turut akan menerima pemberian percuma.

“Promosi ini bagi menguaruar­kan kepada penduduk di sekitar Samarahan dan Asajaya ini bahawa Wegahome kini membuka cawangan ketiga di Aiman ini.

“Kita juga menawarkan harga kejutan bagi produk elektrik dan elektronik istimewa sempena pembukaan ini,” kata jurucakapn­ya.

Antara barangan elektrik dan elektronik berjenama yang terdapat di Wegahome, Sharp, Panasonic, Elba, Khind, Samsung, Faber dan sebagainya.

Selain itu, Wegahome turut menjual barangan seperti komputer, telefon pintar dan Astro.

Dalam promosi itu juga, televisyen Led 40 inci dijual hanya RM999 yang terhad kepada 20 unit, ketuhar jenama Elba RM199 (terhad 30 unit), seterika jenama Khind RM25 (30 unit) dan cerek elektrik Khind RM19 (30 unit).

“Pelanggan boleh membuat pembelian tunai atau ansuran bulanan sehingga 48 bulan di kedai ataupun Aeon dengan hanya perlu membawa kad pengenalan dan penyata gaji,” ujarnya.

Justeru, orang ramai dialualuka­n untuk melihat sendiri tawaran khas bersempena pembukaan cawangan baharu Wegahome di Aiman, Kota Samarahan.

 ??  ?? BANYAK PILIHAN: Pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik terdapat di Wegahome Electrical Sdn Bhd di Pusat Beli-Belah Aiman, Kota Samarahan.
BANYAK PILIHAN: Pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik terdapat di Wegahome Electrical Sdn Bhd di Pusat Beli-Belah Aiman, Kota Samarahan.
 ??  ?? ISTIMEWA: Antara barangan elektrik yang ditawarkan pada harga berpatutan.
ISTIMEWA: Antara barangan elektrik yang ditawarkan pada harga berpatutan.
 ??  ?? SINGGAH: Wegahome Electrical Sdn Bhd kini dibuka di Pusat Beli-Belah Aiman, Kota Samarahan.
SINGGAH: Wegahome Electrical Sdn Bhd kini dibuka di Pusat Beli-Belah Aiman, Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia