Utusan Borneo (Sarawak)

PULANG DENGAN HANYA SATU MATA

Awang Mahyan puji aksi cemerlang pemainnya ikat MISC-MIFA meskipun beraksi 10 orang

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pengurus Pasukan Sarawak, Awang Mahyan Awang Mohamed memuji persembaha­n cemerlang yang ditunjukka­n oleh pemain- pemainnya apabila berjaya mengikat MISCMIFA dengan 2-2 pada aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam kelmarin.

Menurut beliau, semua pemain Sarawak menunjukka­n semangat perjuangan yang tinggi untuk bangkit daripada ketinggala­n dua gol sekali gus mencatatka­n keputusan seri meskipun bermain dengan hanya 10 orang pemain sahaja.

“Saya cukup bangga dengan karektor yang ditunjukka­n oleh semua pemain. Mereka enggan mengalah walaupun kita ketinggala­n dan bermain dengan 10 pemain selepas Hairol Mokhtar dibuang padang. .

“Secara ara keseluruha­n an saya amat berpuas hati d e n g a n persem- b a h a n p e - m a i n - pemain k i t a k e t i k a menetang ng p a s u k a n b e r s t a t u s kelab, MISCMIFA dan mereka bermain dengan baik,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bagaimanap­un, Awang Mahyan berharap pemainpema­in dapat mengekalka­n momentum serupa apabila menentang PDRM pada aksi selepas ini. Penyerang kelahiran Sabah, Bobby Gonzales muncul penyelamat Sarawak dengan menjaringk­an dua gol membolehka­n mereka m e m - b a w a pulang s a t u m a t a d a r i - p a d a p e r l a - w a n a n tersebut. B o b b y meledakkan gol pertama menerusi sepakan penalti dalam masa kecederaan ( 45+ 2) ketika Sarawak ketinggala­n dua gol. Pemain penyerang berpengala­man itu kemudian meletakkan kedudukan kembali seimbang dengan menjaringk­an gol kedua pada minit ke-67.

Tuan rumah terlebih dahulu mendahului pada minit ke-26 menerusi Barathkuma­r Ramaloo.

Manakala minit ke- 33, Sarawak terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Hairol Mokhtar dilayangka­n kad merah kerana menjatuhka­n penyerang lawan dalam petak penalti.

Tuan rumah memanfaatk­an sepenuhnya kepincanga­n Sarawak dengan jaringan kedua oleh Elizeu Batista pada minit ke-36 dan kedudukan terikat 2-2 setelah tamat perlawanan.

Keputusan seri itu bagaim-

Saya cukup bangga dengan karektor yang ditunjukka­n oleh semua pemain. Mereka enggan mengalah walaupun kita ketinggala­n dan bermain dengan 10 pemain selepas Hairol Mokhtar dibuang padang. Awang Mahyan Awang Mohamed Pengurus Sarawak

anapun menjunamka­n Sarawak ke tangga kelapan dengan mengumpul 16 mata.

Sarawak akan meneruskan kempen menentang PDRM di Stadium Shah Alam pada 21 Jun ini.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TANGKAS: Pemain Sarawak, Bobby Gonzales (kiri) diasak pemain MIFA, Elizeu Araujo pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam kelmarin.
— Gambar Bernama TANGKAS: Pemain Sarawak, Bobby Gonzales (kiri) diasak pemain MIFA, Elizeu Araujo pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia