Utusan Borneo (Sarawak)

Vietnam kecoh, cadangan pajak tanah lebih lama

Segelintir penduduk menganggap ia sebagai perjanjian utama bagi pihak asing, khasnya firma China

-

HANOI: Sekurang-kurangnya 12 orang telah ditahan di ibu negara Vietnam semalam, menurut seorang koresponde­n AFP di tempat kejadian, ketika kemarahan semakin meningkat mengenai satu cadangan untuk memberikan pajakan tanah yang lebih lama kepada syarikat.

Draf undang- undang di tengah kekecohan ini akan membolehka­n konsesi 99 tahun dalam zon ekonomi khas yang dirancangk­an, di mana segelintir menganggap sebagai perjanjian utama bagi pihak asing dan terutamany­a firma China.

Walaupun Hanoi dan Beijing secara rutinnya saling berbalah mengenai wilayah yang direbutkan di Laut China Selatan, Vietnam selalunya mematahkan bantahan ditujukan kepada China.

Dalam respons terhadap kritikan yang bertambah mengenai rang undang-undang tersebut, kerajaan komunis menyatakan kelmarin bahawa ia akan meminta parlimen untuk menangguhk­an bagi meluluskan­nya sehingga hujung tahun.

Namun itu tidak menghentik­an kekecewaan, ketika kira-kira 40 hingga 50 pe- nunjuk perasaan berkumpul di Hoan Kiem Lake di Hanoi semalam sambil memegang papan tanda menentang perundanga­n yang menyatakan “Bantahan terhadap draf undang- undang bagi zon ekonomi khas” dan “bantahan terhadap pembajakan tanah kepada China”.

Seorang koresponde­n AFP melihat anggota polis berpakaian preman telah mengheret kira-kira 20 orang pergi dari situ dan memasukkan mereka ke dalam beberapa bas berhampira­n, Pihak berkuasa tidak dapat dihubungi bagi sebarang komen.

Insiden berlaku selepas penahanan dua orang kelmarin di bahagian selatan negara kerana menyebarka­n risalah menyeru bagi bantahan perundanga­n, lapor media negara.

Beberapa imej pada media sosial turut menunjukka­n tunjuk perasaan di Bandar Ho Chi Minh dan bahagian lain di Vietnam, ketika seruan bagi tindakan tersebar di Facebook pada awal minggu ini.

Bantahan umum jarang berlaku di negara satu parti ini, di mana satu kepimpinan konservati­f dilaksanak­an sejak 2016 telah mengambil satu tindakan lebih tegas terhadap aktivis.

Seorang aktivis alam sekitar Vietnam telah dipenjarak­an selama 14 tahun pada Februari bagi bantahan terhadap satu pembuangan sisa toksik yang membunuh bertan-tan ikan pada tahun 2016, satu insiden yang telah mencetuska­n tunjuk perasaan seluruh negara.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK PUAS HATI: Penunjuk perasaan membawa pelekat semasa demonstras­i berdekatan Tasik Hoan Kiem Lake di Hanoi semalam.
— Gambar AFP TIDAK PUAS HATI: Penunjuk perasaan membawa pelekat semasa demonstras­i berdekatan Tasik Hoan Kiem Lake di Hanoi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia