Utusan Borneo (Sarawak)

Pertahanka­n hak Sarawak

PBB Gedong giat kumpul bendera Sarawak semai semangat bersatu perjuang hak Sarawak

-

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Gedong giat mengumpulk­an sekurang-kurangnya 2,000 bendera Sarawak sebagai menyemai semangat bersatu demi memperjuan­gkan hak Sarawak.

Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Mohd Naroden Majais berkata, bendera itu akan diagihkan kepada setiap rumah di kawasan Gedong pada 12 Jun ini.

Beliau melalui mesej aplikasi WhatsApp semalam menyatakan bahawa Gedong mahu menjadi salah sebuah kawasan PBB mempromosi menyemai semangat bersatu antara penduduk kawasan Gedong khususnya dan seluruh negeri amnya.

“Bahawa kita harus berdiri teguh bersama kerajaan negeri dalam kita memperjuan­gkan hak kita melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekarang ini.

“Semangat bersatu itu amat penting terutama dalam keadaan Sarawak diancam dalam kes mahkamah yang dibawa oleh Petronas ke atas Sarawak pada 12 Jun ini,” katanya.

Naroden berkata, seandainya Sarawak kalah, rakyat negeri ini mesti bersatu, berenang dan tenggelam bersama kerajaan negeri dalam memperjuan­gkan perkara itu.

“Dengan tema Hak Sarawak untuk Rakyat Sarawak, marilah kita berdiri teguh bersama kerajaan negeri yang diketuai Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Bersama pasukan peguam kita memperjuan­gkan hak asasi kita Sarawak untuk rakyat Sarawak yang jelas di bawah MA63 yang ditandatan­gani semasa penubuhan Malaysia pada 1963.

“Jika kita tidak ada persetujua­n antara empat wilayah (Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah) masa itu, mana mungkin wujudnya Malaysia,” tegasnya.

Sehubungan itu Naroden menyeru supaya seluruh Sarawak termasuk di Gedong bersatu, berdiri teguh dengan suara lantang mendukung kerajaan negeri mempertaha­nkan hak negeri ini.

Semangat bersatu itu amat penting terutama dalam keadaan Sarawak diancam dalam kes mahkamah yang dibawa oleh Petronas ke atas Sarawak pada 12 Jun ini. Datuk Mohd Naroden Majais Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia