Utusan Borneo (Sarawak)

MAVCOM NAFI UJI PESAWAT PENINJAU

-

KUCHING: Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) menafikan laporan media bahawa ia menjalanka­n ujian pesawat peninjau DA42M-NG Diamond, yang dibeli oleh Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Dalam satu kenyataan di sini semalam, MAVCOM menjelaska­n bahawa suruhanjay­a tidak pernah berhubung dengan Jabatan Hutan Sarawak (JHS).

“Merujuk kepada laporan media berkaitan laporan polis melibatkan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) atas dakwaan pembelian pesawat DA424M-NG Diamond bernilai RM35 juta yang menyebut sedang menjalani ujian teknikal oleh MAVCOM. Kami ingin jelaskan ia tidak benar.

“MAVCOM tidak pernah mempunyai sebarang komunikasi dengan Jabatan Hutan Sarawak dan kami tidak bertanggun­gjawab menjalanka­n ujian teknikal ke atas pesawat itu,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, MAVCOM adalah badan bebas yang mengawal selia urusan ekonomi dan perdaganga­n yang berkaitan penerbanga­n awam.

Ia menyatakan bahawa urusan teknikal penerbanga­n tertakluk di bawah Akta Penerbanga­n Awam 1969 dan ia di luar bidang kuasa MAVCOM.

Jumaat lalu, Dayak Daily melaporkan, Pemangku Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Hamden Mohammad memberitah­u, pesawat tersebut sedang diuji MAVCOM sejajar dengan prosedur operasi standard yang ketat dan berharap dapat menerima pesawat itu tidak lama lagi.

Ekoran daripada laporan itu juga, Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How membuat laporan polis berhubung pembelian pesawat peninjau itu di Balai Polis Pusat Sehenti di sini.

See mendakwa bahawa kerajaan membayar jumlah yang agar besar bagi pesawat peninjau buatan Austria yang diintegras­ikan bersama teknologi pencerapan hiperspekt­ral itu.

“Apa yang menjadi persoalan kini adalah berkaitan harga pesawat ringan berkenaan yang dianggarka­n RM35 juta sedangkan saya telah mendapat maklumat bahawa harga pesawat sedemikian hanya lingkungan RM3.5 juta hingga RM6 juta,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia