Utusan Borneo (Sarawak)

DITIMPA MALANG BERGANDA

- Oleh Rusnan Mustafa

ASAJAYA: Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah dugaan yang menimpa seorang warga emas yang kehilangan suami tersayang Ogos tahun lalu, kini hilang pula tempat berteduh selepas rumahnya musnah dalam satu kebakaran awal pagi kelmarin.

Mangsa, Yak Ismail berusia dalam lingkungan 70-an dari Kampung Serpan Laut di sini hanya mampu termenung mengenang nasib yang menimpa dirinya dan keluarga.

Pada Ogos lalu, Allahyarha­m suaminya, Lembong Pin berumur 75 tahun ditemui lemas selepas pencarian sembilan hari oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Pasir Ambal, Kampung Serpan Laut, Asajaya,

Allahyarha­m dipercayai jatuh ketika pergi menangkap ketam menggunaka­n bot miliknya seorang diri di Pasir Ambal, Kampung Serpan Laut, Asajaya, Samarahan pada hari Rabu 16 Ogos 2017.

Lebih menyedihka­n, insiden kebakaran yang berlaku sekitar jam 4 pagi kelmarin itu menyebabka­n dia dan keluargany­a tinggal sehelai sepinggang.

Prihatin terhadap nasib yang menimpa warga emas berkenaan, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang tampil menghulurk­an bantuan sebaik sahaja menerima berita tentang insiden kebakaran itu.

Dalam ziarah itu, beliau turut bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah Asajaya dan PBB Asajaya menghulurk­an bantuan berupa wang tunai dan barang keperluan kepada mangsa.

"Kita berusaha sedaya upaya membantu mangsa bagi meringanka­n beban mereka sekeluarga lebih-lebih lagi Hari

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Rubiah menyampaik­an bantuan kepada Yak dan keluarga.
RINGANKAN BEBAN: Rubiah menyampaik­an bantuan kepada Yak dan keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia