Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta tiba-tiba terbakar ketika parkir

Anggota BBP Betong terima panggilan sekitar jam 1.38 petang mengenai kejadian itu

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Sebuah kereta tiba-tiba terbakar ketika sedang parkir dalam kejadian di sini semalam.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat( BBP) Betong menerima panggilan sekitar jam 1.38 petang mengenai kejadian itu.

Komandan Kanan Operasi Henry Jugah memberitah­u, insiden berlaku di depan Kedai GE & C Enterprise Sdn Bhd Betong.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta berwarna hitam terbakar di bahagian enjin dan mengeluark­an asap.

“Orang awam berada di lokasi kejadian bertindak memadam api menggunaka­n alat pemadam api terdapat di kedai berdekatan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, anggota bomba tiba menjalanka­n operasi pemadaman menggunaka­n satu aliran 100 kaki, satu nozel air diperolehi dari tangki jentera sehingga api dikawal padam sepenuhnya.

Katanya, bomba hanya mengambil masa selama 13 minit memadamkan kebakaran itu dan kemusna- han dianggarka­n dalam 20 peratus.

Kerugian dan punca kebakaran masih disiasat.

Turut membantu memadam kebakaran itu ialah Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Betong.

Sementara itu, menurut isteri pemilik kereta terbabit, Senun Bayang mereka duduk minum di kedai kopi berdekatan sejurus ternampak asap dan api keluar dari hadapan enjin kereta itu.

“Orang awam berada berdekatan berusaha memadamkan api itu dengan pemadam api diperolehi dari kedai berhampira­n,” katanya.

Beliau bersama keluarga terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana ketakutan.

Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta berwarna hitam terbakar di bahagian enjin dan mengeluark­an asap. Henry Jugah Komandan Kanan Operasi

 ??  ?? TIBA-TIBA TERBAKAR: Bomba memadam api tiba-tiba keluar dari sebuah kereta parkir di Betong semalam.
TIBA-TIBA TERBAKAR: Bomba memadam api tiba-tiba keluar dari sebuah kereta parkir di Betong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia