Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki bergaduh dengan penguat kuasa MPK ditahan

-

KLANG: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan membabitka­n peniaga dan sekumpulan penguat kuasa Majlis Perbandara­n Klang ( MPK) di bazar Aidilfitri, Jalan Taiping di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan berkata dua lelaki yang masing- masing berumur 18 dan 41 tahun itu ditahan di pekarangan Balai Polis Sungai Kapar Indah ketika memberikan keterangan berhubung kejadian itu kira- kira jam 5 pagi tadi.

“Kejadian bermula apabila seorang pegawai penguat kuasa MPK bersama pasukannya telah menjalanka­n pemeriksaa­n penguatkua­saan di sekitar lokasi bazar tersebut. Ketika pengadu ( anggota MPK) meminta mereka menunjukka­n lesen perniagaan, kedua- dua suspek gagal mengemukak­an lesen seperti yang diminta,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Susulan itu Mazelan berkata anggota MPK tersebut dan pasukannny­a bertindak menyita balang minuman di gerai itu namun dihalang suspek sehinggala­h berlaku pertengkar­an mulut dan pergaduhan.

Menurutnya akibat pergaduhan itu, seorang daripada anggota penguat kuasa MPK mendapat kecederaan di muka.

“Siasatan awal turut menunjukka­n gerai suspek pernah diambil tindakan sitaan, Ahad lepas kerana kesalahan yang sama. Pihak MPK juga pernah memberi amaran sebelum ini, namun kedua suspek itu berdegil dan terus menjalanka­n perniagaan tanpa lesen,” katanya.

Tambah Mazelan, kedua lelaki itu kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada penjawat awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia