Utusan Borneo (Sarawak)

Tunggang motosikal beriringan, seorang pelajar maut

-

BESUT: Gara-gara menunggang motosikal terlalu laju dan beriringan, seorang pelajar terbunuh manakala rakannya cedera parah apabila keduadua motosikal mereka bergesel dan terlanggar antara satu sama lain di Jalan Kampung Limbongan dekat Kampung Raja malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut Superinten­den Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.05 malam itu, Muhammad Wafiy Mat Yusof, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah, Besut, dekat sini meninggal dunia akibat patah tengkuk.

Beliau berkata rakan mangsa, Muhammad Iqmal Hakimi, 17, pelajar tingkatan lima sekolah yang sama, terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

“Sebelum kejadian kedua- dua pelajar berkenaan dilaporkan bertemu untuk minum air di Kampung Limbongan selepas solat Tarawih. Mereka kemudian menunggang motosikal masing-masing menuju ke Kampung Raja untuk bertemu rakan mereka yang lain apabila kemalangan itu berlaku,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mohd Zamri berkata berikutan perlanggar­an itu, kedua-dua pelajar berkenaan tercampak di sebelah kanan jalan antara Kampung Limbongan-Kampung Raja.

Sementara itu di Lumut, polis menahan lima penunggang motosikal yang disyaki terlibat dengan penyalahgu­naan dadah dalam Ops Samseng Jalanan di Seri Manjung, awal pagi semalam.

Operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Kontinjen Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Manjungber­sama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Majlis Perbandara­n Manjung itu bermula 10 malam kelmarin dan berakhir jam 5 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Perak Superinten­den Ahmad Adnan Basri berkata kelima- lima lelaki itu berumur antara 18 hingga 24 tahun, dan mereka antara 150 penunggang motosikal yang diperiksa dalam operasi tersebut.

Beliau berkata dalam operasi itu, polis turut menyita 10 motosikal mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkut­an Jalan.

Katanya dalam operasi itu, 94 saman dikeluarka­n melibatkan pelbagai kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia