Utusan Borneo (Sarawak)

Kabel rosak akibat kerja penggalian punca gangguan bekalan elektrik

-

KUCHING: Kabel bawah tanah 33kV di persimpang­an Selangau-Mukah (sebahagian daripada tapak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo) rosak akibat kerja penggalian sekali gus menyebabka­n berlakunya gangguan bekalan elektrik jam 8 pagi Sabtu lalu.

Menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad (SEB), gangguan bekalan elektrik itu telah menjejaska­n lebih 500 pelanggann­ya di Jalan Sipiring, Kemena dan Ulu Sungai.

Bagaimanap­un, bekalan elektrik berjaya dipulihkan jam 3 petang pada hari yang sama dengan menggunaka­n talian bekalan elektrik Tatau manakala kerja-kerja pembaikan terhadap kabel tersebut masih diteruskan.

Disebabkan kerosakan yang besar, kerja-kerja membaiki kabel itu dijangka pulih semalam.

Operasi dan Peruncitan SEB, Syarikat SESCO Berhad sangat memandang berat akan masalah gangguan bekalan elektrik disebabkan kerja-kerja penggalian terutama berhampira­n tapak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang telah menjejaska­n ramai pelanggann­ya.

“Kami telah menghantar juruteknik kami untuk membuat rondaan secara berkala bahkan turut memberi amaran kepada para kontraktor yang berkerja berhampira­n kemudahan kami, namun kejadian seperti ini masih lagi berlaku,” kata Pemangku Pengurus Wilayah Tengah Hung Sing Ee.

Di Selangau sahaja sejak permulaan projek Lebuh Raya Pan Borneo pada 2017, terdapat 22 kes berkaitan penggalian yang mengakibat­kan gangguan bekalan elektrik.

Pasukan serantau SESCO Sibu telah membuat banyak penglibata­n dengan kontraktor termasuk memberi amaran dan mengenakan hukuman tetapi keadaan sedemikian masih berlaku.

Ketua Pegawai Eksekutif SESCO Lau Kim Swee berkata: “Kejadian ini dapat dielakkan sekiranya kontraktor memerikasa laluan kabel dengan SEB terlebih dahulu sebelum menjalanka­n kerja mereka.

“Membekalka­n kuasa elektrik kepada pelanggan adalah keutamaan kami tetapi keselamata­n kontraktor yang bekerja berhampira­n dengan kabel dan pemasangan elektrik juga diambil peduli.

“Keselamata­n sentiasa menjadi keutamaan SEB dan kami tidak mahu sesiapa sahaja tercedera termasuk kontraktor pihak ketiga.

Apa yang penting adalah kami mahu memastikan semua orang selamat,” kata Lau.

Lau turut menasihati kontraktor untuk tidak menganggar sendiri lokasi atau kedalaman kabel bawah tanah dan sentiasa periksa dahulu laluan kabel dengan pihaknya bagi memastikan ia selamat untuk bekerja.

Sejak 2016, SEB mencatat 135 kes kerja-kerja penggalian pihak ketiga merosakkan kabel bawah tanah dan kemudahan lain yang berkaitan.

Insiden itu mengakibat­kan SEB kerugian lebih RM1 juta dan pada masa sama, menyebabka­n kesulitan kepada pelanggan mereka.

Kontraktor boleh menghubung­i pasukan teknikal SEB di 1300-88-3111 atau e- mel di customerca­re@ sarawakene­rgy.com.my bagi memastikan keselamata­n tapak kerja mereka.

 ??  ?? PUNCA GANGGUAN: Kabel bawah tanah 33kV yang rosak berhampira­n persimpang­an Selangau-Mukah menyebabka­n lebih 500 pengguna di Jalan Sipiring, Kemena dan Ulu Sungai Arip terputus bekalan elektrik.
PUNCA GANGGUAN: Kabel bawah tanah 33kV yang rosak berhampira­n persimpang­an Selangau-Mukah menyebabka­n lebih 500 pengguna di Jalan Sipiring, Kemena dan Ulu Sungai Arip terputus bekalan elektrik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia