Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK pantau aktiviti penjualan jersi tiruan sepanjang Piala Dunia 2018

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) akan memantau rapi aktiviti penjualan jersi tiruan sepanjang berlangsun­gnya Piala Dunia 2018.

Pengarah KPDNKK Sarawak Datuk Stanley Tan berkata penjualan jersi dan barangan tiruan merupakan salah satu perkara yang diberi perhatian oleh pihaknya.

“Kita sedia maklum bahawa Piala Dunia bakal berlangsun­g tidak lama lagi dan ada peniaga yang akan mengambil kesempatan dengan menjual jersi atau barangan berkaitan Piala Dunia tiruan.

“Kita di KPDNKK sangat prihatin dengan perkara ini lebih-lebih lagi ia melibatkan Cap Dagang.

“Jadi, saya ingin memberi amaran kepada para peniaga sama ada daripada kalangan individu mahupun syarikat supaya tidak menjual jersi dan barangan tiruan lain sepanjang Piala Dunia nanti,” katanya baru-baru ini.

Bagi memastikan tiada jersi Piala Dunia tiruan dijual di pasaran, Stanley turut menggesa peniaga yang mempunyai hak penjualan jersi tulen untuk membuat aduan secara rasmi kepada KPDNKK.

Menerusi aduan tersebut, KPDNKK katanya akan menghantar pegawainya untuk membuat pemeriksaa­n ke atas kedai- kedai yang menjual jersi tiruan.

Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang didapati menjual barangan tiruan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Denda sebanyak RM10,000 boleh dikenakan bagi setiap perihal dagangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau keduaduany­a sekali bagi kesalahan individu pertama.

Bagi kesalahan kedua, denda RM20,000 bagi setiap perihal dagangan yang dipamerkan atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia