Utusan Borneo (Sarawak)

Zon Akuakultur di Sundar dan Awat-Awat

Kedua-dua kawasan berpotensi kerana terkenal sebagai pengeluar utama hasil laut, pertanian

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Daerah Kecil Sundar dan Awat-Awat di Lawas berpotensi dibangunka­n sebagai Zon Akuakultur.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kedua-dua kawasan itu terkenal sebagai pengeluar utama hasil laut dan pertanian di bahagian ini.

“Selain aktiviti bidang pertanian, Sundar dan AwatAwat juga merupakan pengeluar utama memprosesa­n hasil laut.

“Perancanga­n sudah dibuat menjadikan keduadua kawasan itu sebagai Zon Akuakultur,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Zon Sundar/Awat-Awat kepada warga emas dan ibu tunggal anjuran PERKIM Lawas di sini semalam.

Seramai 181 penerima menerima sumbangan pada program itu.

Turut hadir isterinya yang juga Pengerusi PERKIM Lawas Datuk Morliah Datuk Awang Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengurus Besar FELCRA Berhad Ibu Pejabat Zulkhairi Abdul Rahim, Pengurus Besar FELCRA Wilayah Sarawak Saifudin Omar, Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim dan Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Sundar Ladin Atok.

Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan itu berkata agensi

Selain aktiviti bidang pertanian, Sundar dan Awat-Awat juga merupakan pengeluar utama memprosesa­n hasil laut. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

pertanian dan perikanan bertanggun­gjawab menjadikan Sundar dan Awat- Awat sebagai Zon Akuakultur di utara negeri ini dengan menggunaka­n peruntukan yang ada.

“Kerajaan akan membawa agensi-agensi terbabit duduk berbincang. Sekiranya mereka tidak dapat merealisas­ikan hasrat itu kita boleh cari jalan lain termasuk mengenal pasti agensi lain menjayakan hasrat itu,” ujarnya.

Awang Tengah berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memperuntu­kkan sejumlah RM169 juta memperbaik­i sistem pengagihan air bagi mengganti paip air kecil dan tidak mampu menerima tekanan tinggi di kawasan Sundar dan Awat-Awat.

“Masalah bekalan air dihadapi penduduk di kawasan tersebut dijangka diselesaik­an dalam tempoh dua tahun ini,” jelasnya.

Beliau juga mahu masyarakat di Sundar menyukat tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) untuk membangunk­an tanah masing-masing bagi meningkatk­an taraf hidup.

Katanya, sistem fertigasi juga boleh dipraktik dalam mengusahak­an sektor pertanian tanpa perlu menggunaka­n tanah luas di bawah Projek Rimbunan Kasih yang turut menggunaka­n sistem sama serta teknologi terkini.

“Kita perlu untuk mengubah kehidupan dan meningkatk­an pendapatan.

“Yang penting Rimbunan Kasih menjadi pusat memastikan masyarakat mendapat hasil pembanguna­n,” katanya.

Sementara itu di AwatAwat, Awang Tengah berkata konsep masyarakat penyayang terus diterapkan sebagai asas dalam kehidupan.

Katanya, kerajaan menyediaka­n pelbagai bantuan kebajikan kepada mereka yang susah, bantuan pertanian, penternaka­n, pendidikan dan bantuan lain untuk mengurangk­an beban rakyat.

Terdahulu, Dayang Morliah berkata pelbagai aktiviti sepanjang tahun diadakan PERKIM termasuk mengadakan kelas membaca al- Quran di Lawas yang mendapat sambutan golongan muda.

“Sempena bulan Ramadan turut diadakan ceramah agama serta aktiviti keagamaan lain,” katanya.

Dayang Morliah memberitah­u, disebabkan aktif menganjurk­an program, PERKIM Lawas mengunggul­i anugerah tempat ketiga cawangan PERKIM aktif di Malaysia.

“Ini hasil sokongan semua pihak dan masyarakat Lawas yang menjayakan program anjuran PERKIM,” jelasnya.

Di Awat-Awat seramai 109 penerima menerima sumbangan sama.

 ??  ?? SUMBANGAN RAYA: Awang Tengah bersama tetamu serta penerima sumbangan raya di Awat-Awat, Lawas semalam.
SUMBANGAN RAYA: Awang Tengah bersama tetamu serta penerima sumbangan raya di Awat-Awat, Lawas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia