Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong KM perjuang hak Sarawak dalam MA63, ordinan minyak

-

MIRI: Komuniti peniaga Bumiputera di Sarawak menyokong pendirian Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk terus memperjuan­g hak negeri dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Ordinan Perlombong­an Minyak.

Setiausaha Persatuan Peniaga Bumiputera Sarawak ( PBMS) Cawangan Miri Sarkawi Suhaili berkata apa juga tindakan dan pendirian Abang Johari berkaitan perkara itu akan disokong demi melindungi sumber negeri ini.

“Kami akan terus menyokong usaha Abang Johari dalam memperjuan­g dan melindungi sumber negeri kita,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan sumbangan kepada anak yatim Anak Kesayangan Kami di premisnya di Pujut 8, di sini semalam.

Hadir sama Bendahari PBMS Razali Sunji dan Penyelia Anak-Anak Kesayangan Kami Ustaz Zulkipli Mazlan.

Beliau mengulas tindakan Petroliam Nasional Bhd ( Petronas) memohon kepada Mahkamah Persekutua­n mengisytih­arkan bahawa ia adalah pemilik eksklusif sumber petroleum dan pengawal selia bagi aktiviti huluan di Malaysia termasuk Sarawak.

Sumber petroleum Sarawak terpelihar­a melalui Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembaga­an Persekutua­n.

Menurut Sarkawi, kerajaan persekutua­n telah melanggar Perjanjian Malaysia dan Perlembaga­an Persekutua­n apabila merampas kawalan terhadap minyak dan gas Sarawak melalui Akta Pembanguna­n Petroleum dan Akta Wilayah Laut yang tidak diluluskan mengikut perlembaga­an melalui Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak.

“Saya berharap semua pemimpin di Sarawak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan politik tanpa mengira latar belakang politik terus menyokong Abang Johari untuk melindungi sumber kita,” katanya.

 ??  ?? TERIMALAH: (Empat kanan) Sarkawi memegang sumbangan manakala Razali (lima kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Zulkipli sambil disaksikan ahli Exco PBMS dan penghuni rumah Anak-Anak Kesayangan Kami di Miri semalam.
TERIMALAH: (Empat kanan) Sarkawi memegang sumbangan manakala Razali (lima kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Zulkipli sambil disaksikan ahli Exco PBMS dan penghuni rumah Anak-Anak Kesayangan Kami di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia