Utusan Borneo (Sarawak)

Riot, Sebastian turut dipanggil, Dr Sim tidak menyatakan tujuan mesyuarat diadakan dan isu-isu yang akan dibincang

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian mengesahka­n akan hadir pada mesyuarat antara empat parti komponen Barisan Nasional ( BN) Sarawak, Selasa ini.

Selain Dr Sim, Timbalanny­a Datuk Seri Richard Riot Jaem turut dipanggil untuk menghadiri mesyuarat tersebut bersama Setiausaha Agung Datuk Sebastian Ting.

“Kami tidak dimaklumka­n tujuan mesyuarat tersebut diadakan tetapi yang pasti semua presiden bersama timbalan dan setiausaha agung parti komponen BN antara yang perlu hadir.

“Saya tidak pasti sama ada timbalan saya ( Riot) akan hadir, tetapi saya akan usahakan agar ketiga- tiga kami akan hadir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaik­an cek geran kepada pelbagai pertubuhan, persatuan dan jawatankua­sa

Kami tidak dimaklumka­n tujuan mesyuarat tersebut diadakan tetapi yang pasti semua presiden bersama timbalan dan setiausaha agung parti komponen BN antara yang perlu hadir. Datuk Dr Sim Kui Hian Presiden SUPP

di Ibu Pejabat SUPP di sini semalam.

Dr Sim bagaimanap­un tidak menyatakan tujuan mesyuarat tersebut diadakan dan isu- isu yang akan dibincangk­an.

“Saya sendiri tidak pasti apa agenda yang akan dibincangk­an pada mesyuarat itu nanti. Saya akan memberitah­u anda selesai mesyuarat nanti,” ujarnya.

Meskipun tidak menyatakan agenda mesyuarat tersebut, namun difahamkan antara perkara yang akan dibincangk­an ialah masa depan serta hala tuju BN Sarawak.

Ia adalah susulan daripada kekalahan mengejut BN pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) yang menyaksika­n Pakatan Harapan ( PH) membentuk kerajaan baharu persekutua­n.

Mesyuarat tersebut akan dipengerus­ikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku pengerusi BN Sarawak dan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB).

Presiden Parti Rakyat Sarawak ( PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Presiden Parti Demokratik Progresif ( PDP) Datuk Seri Tiong King Sing serta timbalan dan setiausaha masing- masing juga perlu hadir.

 ??  ?? TERIMALAH: Dr Sim (tiga kiri) menyampaik­an cek geran kepada Datuk Richard Wee (tiga kanan) mewakili Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di Ibu Pejabat SUPP di Kuching semalam.
TERIMALAH: Dr Sim (tiga kiri) menyampaik­an cek geran kepada Datuk Richard Wee (tiga kanan) mewakili Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di Ibu Pejabat SUPP di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia