Utusan Borneo (Sarawak)

NGO Sarawak diharap teruskan kerja baik kepada rakyat, negeri

-

KUCHING: Pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) di Sarawak diharap dapat meneruskan kerja baik mereka kepada rakyat dan negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata setiap pertubuhan dan NGO di negeri ini menyumbang dengan cara yang berbeza kepada rakyat dan negeri ini.

“Di Sarawak kita mempunyai hampir 5,000 pertubuhan dan NGO termasuk pelbagai jawatankua­sa untuk menjalanka­n kerja baik kepada masyarakat.

“Justeru kita berharap semua pertubuhan dan NGO ini akan meneruskan kerja baik mereka kepada masyarakat di negeri ini.

“Di pihak kerajaan negeri, kita akan terus memikirkan pendekatan terbaik untuk membolehka­n kita membantu semua pertubuhan dan NGO ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan ringkasnya sebelum menyampaik­an cek geran kepada 35 penerima terdiri daripada pelbagai pertubuhan, persatuan dan NGO di Ibu Pejabat SUPP di sini semalam.

Bercakap mengenai geran tersebut, Dr Sim yang juga presiden SUPP dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Batu Kawah berkata ia adalah sumbangan kecil untuk membantu pertubuhan dan NGO ini menjalanka­n aktiviti mereka.

Beliau juga berharap geran ini akan digunakan bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam permohonan bagi mendapatka­n geran.

Dalam pada itu, setakat ini Dr Sim telah menyampaik­an geran kepada 961 pertubuhan dan NGO termasuk pelbagai jawatankua­sa.

Jumlah geran yang diterima oleh setiap pertubuhan adalah berbeza mengikut keperluan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia