Utusan Borneo (Sarawak)

MPP perkenal pelaksanaa­n program pengasinga­n, memaksimum­kan sisa

-

KUCHING: Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) telah memperkena­lkan pelaksanaa­n program pengasinga­n dan memaksimum­kan sisa sebagai sebahagian daripada Local Key Result Area ( LKRA) iaitu inisiatif di bawah Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan di pasar Kota Sentosa semalam.

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang telah mengedarka­n surat bagi memohon kerjasama daripada 55 peniaga dan penjaja di pasar itu bagi tujuan pelaksanaa­n program terbabit yang telah mula diperkenal­kan sejak 1 Mei lepas oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Antara lain tujuannya adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan penjaja dan menyertai program tersebut di sini dalam usaha memperting­kan tahap kebersihan dan alam sekitar,” katanya sewaktu mengedarka­n surat tentang pengasinga­n dan memaksimum­kan sisa buangan di Kota Sentosa kepada penjaja dan peniaga di pasar Kota Sentosa semalam.

Pada masa yang sama beliau turut menambah bahawa ia merupakan dalam usaha PBT mengenal pasti kuantiti yang dibuang oleh sesebuah pasar dan mengurangk­an kesan pencemaran menerusi inisiatif hijau.

Justeru katanya, MPP telah melantik Fly Technology Agricultur­e Sdn Bhd yang turut dikenali sebagai ‘WormingUp’ untuk menjalanka­n pelbagai program dan kempen kesedaran kepada kumpulan sasar.

Katanya sisa biodegrada­si dari pasar tersebut akan dirawat, dikitar semula untuk membuat baja kompos.

“Projek pengasinga­n sisa tersebut melibatkan bahan biodegrada­si seperti sisa sayur atau buahan- buahan, sisa ikan atau daging termasuk barang- barang yang boleh dikitar semula seperti kotak, surat khabar atau kertas, bekas plastik, tin aluminium dan minyak terpakai.

“Penjaja perlu mengasingk­an sisa berkenaan yang berbeza di dalam tong yang telah disediakan kerana ia akan dikumpulka­n ke tempat pengumpula­n oleh pekerja WormingUp setiap hari, tegasnya.

 ??  ?? TINGKAT KESEDARAN: Lo mengedarka­n surat berkenaan kepada para penjaja di pasar Kota Sentosa semalam.
TINGKAT KESEDARAN: Lo mengedarka­n surat berkenaan kepada para penjaja di pasar Kota Sentosa semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia