Utusan Borneo (Sarawak)

PERKIM Limbang giat usaha hulur sedekah amal jariah

-

LIMBANG: PERKIM Limbang terus menggiatka­n usaha menghulurk­an sedekah amal jariah kepada mereka yang memerlukan sejajar dengan tuntutan agama Islam.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata amalah bersedekah amat dituntut dalam Islam kerana diberikan ganjaran pahala berlipat ganda.

“Bulan Ramadan Al-Mubarak ini, PERKIM Limbang memperbany­ak amalan bersedekah membantu mereka yang memerlukan sejajar dengan ajaran Islam,” katanya pada penyerahan sumbangan Hari Raya Aidilfitri anjuran PERKIM Limbang di Masjid Baitul Iman di sini semalam.

Turut sama isterinya yang juga Pengerusi PERKIM Limbang Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML) Mohamad Abu Bakar, Penghulu Abu Tinggal dan Penghulu Sahat Bagol.

ADUN Bukit Kota itu berkata program sumbangan raya saban tahun itu membudayak­an amalan bersedekah kepada mereka yang kurang berkemampu­an dan anakanak yatim untuk menyambut Hari Raya.

“Selain bersedekah Islam juga menuntut umatnya menyampaik­an ilmu bermanfaat kepada sesama Islam.“Malah, ibu bapa mengajar anakanak, masyarakat Islam yang memperkasa fardu ain bagi mualaf termasuk tatacara berwuduk dengan betul dan sebagainya merupakan cara kita memberi ilmu bermanfaat,” ujarnya.

Menurut Dr Abdul Rahman, sebagai orang Islam adalah menjadi kewajipan untuk mereka menuntut ilmu fardu ain dan kifayah.

“Anak-anak soleh dan solehah juga perlu mendoakan ibu bapa yang sudah meninggal dunia.

“Jadilah anak soleh dan solehah yang selalu mendoakan kesejahter­aan ibu bapa kita terutama yang sudah meninggal dunia,” tambahnya.

Jelasnya, sebagai wakil rakyat mereka memikul amanah membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalanka­n program.

Beliau turut menyokong usaha PERKIM Limbang mengenal pasti tempat tidak digunakan untuk dijadikan pejabat mereka di sini.

Sementara itu, beliau mahu masyarakat Islam merebut sebanyak pahala pada penghujung Ramadan.

“Walaupun sibuk dengan persiapan raya kita jangan lupa untuk menjalanka­n amal ibadat dan merebut pahala pada penghujung Ramadan ini,” katanya.

Terdahulu, Dayang Maimunah berkata PERKIM Limbang menjalanka­n pelbagai aktiviti khasnya aktiviti pemantapan ibadah untuk golongan mualaf daripada ahli-ahli PERKIM.

Beliau mahu semua golongan mualaf wanita menyertai dan bergerak aktif dalam kegiatan PERKIM.

“Ini penting agar mereka dapat mendalami dan mengamalka­n kehidupan beragama lebih sempurna,” katanya.

Seramai 150 penerima terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal, mualaf (ahli PERKIM) dan golongan asnaf menerima sumbangan daripada ahli PERKIM sendiri, sumbangan Pengerusi PERKIM Negeri yang juga Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Taib Alsree dan Telekom Malaysia Berhad.

Turut bermurah hati menghulurk­an sumbangan ialah Dr Abdul Rahman dan sumbangan Pusat Khidmat Bukit Kota.

 ??  ?? DISANTUNI: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) dtemani Dayang Maimunah (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal semalam.
DISANTUNI: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) dtemani Dayang Maimunah (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia