Utusan Borneo (Sarawak)

Harga beras lebih rendah tanpa monopoli Rakyat dapat menikmati harga beras lebih rendah jika kerajaan hapus monopoli

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Rakyat Sarawak akan dapat menikmati harga beras yang lebih rendah berbanding sebelum ini, jika kerajaan pusat menghapusk­an sistem monopoli pengimport­an beras oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Justeru, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen berkata langkah itu harus dilaksanak­an dengan secepat mungkin bagi meringanka­n beban rakyat ke atas keperluan makanan harian itu.

Menurut beliau, harga beras di pasaran pada masa ini, terutama beras wangi dan beras putih yang diimport dari Thailand dan Vietnam adalah dipengaruh­i oleh keuntungan daripada nilai import yang dikaut oleh BERNAS.

Katanya, BERNAS mengimport beras wangi Thailand pada harga RM4,700 satu tan metrik dan menjual kepada pemborong pada harga RM5,800 satu tan metrik, dengan meraih untung kasar sebanyak RM1,100 satu tan metrik.

Manakala katanya, BERNAS mengimport beras wangi dari Vietnam pada harga RM2,400 satu tan metrik dan menjual kepada pemborong pada harga RM3,400 satu tan metrik, iaitu mendapat untung kasar RM1,000 satu tan metrik.

Bagi beras putih pula, harga import dari Thailand adalah RM2,050 dan dijual kepada pemborong RM2,850 satu tan metrik, dengan untung kasar yang diperoleh BERNAS sebanyak RM800 satu tan metrik.

Sementara harga import beras putih dari Vietnam adalah RM1,810 satu tan metrik dan dijual kepada pemborong RM2,250 satu tan metrik, iaitu BERNAS mendapat untung kasar RM440.

“Daripada import beras ini sahaja, BERNAS mendapat keuntungan kasar sebanyak RM104 juta setahun di Sarawak sahaja manakala pengguna terpaksa berbelanja besar untuk keperluan harian ini.

“Dengan menghapusk­an sistem monopoli ke atas pengimport­an beras ini, pengguna akan dapat membeli beras pada harga lebih rendah berbanding sekarang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, semalam.

Hadir sama pengerusi Parti Amanah Negara Sarawak Fidzuan Zaidi dan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak menambah, dengan menghapusk­an sistem monopoli tersebut, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani amnya akan dapat memberi permit kepada pemborong-pemborong beras mengimport sendiri beras dari Thailand dan Vietnam tanpa perlu melalui BERNAS.

Katanya, langkah tersebut akan membantu dalam mengurangk­an harga beras di pasaran sekali gus dapat menurunkan harga beras antara 20 hingga 30 peratus bukan sahaja di Sarawak, tetapi Semenanjun­g Malaysia dan Sabah.

Menurut beliau, pada masa ini terdapat lebih 10 pemborong utama di Sarawak yang mengimport beras dari Thailand dan Vietnam.

 ??  ?? GERAN: Lee (tengah) menyampaik­an geran kepada Usman sambil disaksikan ahli jawatankua­sa masjid, JKKK dan RT Kampung Pujut Tanjong Batu.
GERAN: Lee (tengah) menyampaik­an geran kepada Usman sambil disaksikan ahli jawatankua­sa masjid, JKKK dan RT Kampung Pujut Tanjong Batu.
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Chong (tengah) bersama Dr Kelvin (kanan) dan Fidzuan pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, di Kuching semalam.
SIDANG MEDIA: Chong (tengah) bersama Dr Kelvin (kanan) dan Fidzuan pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia