Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan Aziz mengenai Petros, PDA sesuatu yang menyedihka­n: Fazzrudin

-

KUCHING: Kenyataan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa mengenai Petros dan Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) sesuatu yang menyedihka­n.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman berkata, beliau (Abdul Aziz) berdasarka­n ‘hujah kosongnya’ menuduh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berbohong.

Malahan beliau berkata, sepatutnya DAP menunaikan janji pilihan raya mereka sebelum menuduh orang lain berbohong.

“Pada 7 Jun, sejumlah besar peguam dari seluruh negeri mewakili Persatuan Peguambela Sarawak termasuk beberapa ahli politik tempatan daripada pembangkan­g seperti Dominique Ng dan See Chee How datang menunjukka­n sokongan padu kepada kerajaan dalam menghadapi tindakan undang-undang Petronas.

“Namun antara kumpulan yang ketara tidak hadir pada pertemuan itu, adalah daripada DAP,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Fazzrudin turut memper- soalkan semangat patriotik DAP dan keikhlasan mereka untuk negeri.

Beliau berkata, objektif utama negeri untuk mengembali­kan hak Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kini dengan tindakan undang-undang oleh Petronas kita perlu berdiri di belakang kerajaan negeri untuk memperjuan­gkan hak kita di mahkamah dan biarkan mahkamah membuat keputusan,” katanya.

Fazzrudin menyeru agar hujah undang-undang diserahkan kepada peguam yang mengendali­kan kes yang akan didengarka­n tidak lama lagi.

Katanya, rakyat Sarawak harus sedar bahawa ia bukan hanya mengenai undangunda­ng atau peraturan sumber minyak dan gas ke mahkamah tetapi semangat cintakan negeri dan anak Sarawak juga akan diuji dalam tempoh itu.

Dayak Daily sebelum ini melaporkan Abdul Aziz Isa menuduh ketua menteri berbohong kepada rakyat Sarawak kerana mendakwa Sarawak akan mendapat hak untuk mengeksplo­itasi sepenuhnya sumber minyak dan gas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia