Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan menteri, timbalan menteri, pegawai tinggi mengisytih­arkan aset

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mesti memastikan menteri, timbalan menteri dan pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Sarawak mengisytih­arkan aset mereka.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen berkata usaha kerajaan negeri mencontohi dasar pengisytih­aran aset yang dilaksanak­an oleh kerajaan pusat itu sangat penting sebagai usaha pencegahan rasuah.

“Memandangk­an Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak akan bekerjasam­a mesra dengan kerajaan persekutua­n PH, maka mereka harus mengikuti dasar-dasar yang kami laksanakan untuk tadbir urus dan ketelusan yang baik dalam kerajaan.

“Oleh itu, mereka harus mengikut pengisytih­aran aset yang diperkenal­kan oleh kerajaan persekutua­n,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengulas mengenai beberapa menteri Sarawak telah mengisytih­arkan aset mereka sebelum ini kepada Ketua Menteri sebelum ini, Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak berkata ia masih tidak mencukupi.

Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini telah mengarahka­n semua menteri, timbalanny­a dan pegawai tertinggi kerajaan mengisytih­ar aset kepadanya.

Pengerusi PH itu menjelaska­n, maklumat mengenai aset yang diisytihar­kan kepadanya itu akan diserahkan kepada agensi berkaitan sebagai usaha pencegahan rasuah.

Dengan cara itu, perdana menteri tidak akan dapat menutup kegiatan rasuah anggota kabinet dan pegawai kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia