Utusan Borneo (Sarawak)

Lantik wakil dari Sarawak sebagai menteri kabinet persekutua­n: DTTG

-

KUCHING: Kumpulan Pemikir Dayak ( DTTG) menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melantik wakil dari Sarawak sebagai menteri dalam kabinet persekutua­n.

Pengasas DTTG Wellie Henry Majang berkata, Sarawak turut menyumbang kepada kejayaan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

PH Sarawak katanya, berjaya memenangi 10 kerusi parlimen iaitu enam kerusi disumbangk­an oleh Parti Tindakan Demokratik ( DAP) dan empat kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Pelantikan menteri dari Sarawak amat penting bagi memastikan Sarawak tidak ketinggala­n dalam arus perdana pembanguna­n negara.

“Namun sehingga hari ini, pelantikan wakil dari Sarawak masih menjadi tanda tanya pelbagai pihak terutama rakyat di negeri ini,” katanya menerusi WhatsApp kelmarin.

Tambah Wellie, Sarawak mempunyai pemimpin yang berkaliber untuk menganggot­ai kabinet persekutua­n di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antaranya, Ahli Parlimen Saratok Ali Biju yang merupakan graduan kejurutera­an awam dari Universiti Valparaiso, Indiana di Amerika Syarikat dan kini memiliki syarikat sendiri dalam kerjakerja kejurutera­an awam terutama industri minyak dan gas.

Pada PRU14, Ali telah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Subeng Mula dengan majoriti 989 undi di kerusi Parlimen Saratok.

Pemimpin PKR itu juga berjaya menewaskan calon veteran BN, Datuk Peter Nyarok pada Pilihan Raya Negeri Ke-10 (PRN10) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian dan mempertaha­nkannya pada PRN11 2016.

“Kami yakin, jika Ali dilantik dalam kabinet persekutua­n sama ada sebagai menteri penuh atau timbalan menteri, beliau mampu menggalas tugas tersebut dengan baik.

“Namun terserah kepada kebijaksan­aan pemimpin tertinggi PH untuk memilih siapa yang layak menganggot­ai kabinetnya namun tidak wajar untuk mengetepik­an wakil dari Sarawak,” katanya.

Wellie mewakili DTTG turut berharap agar kerajaan yang baharu akan mewujudkan Jabatan Hal Ehwal Sabah Sarawak bagi menjamin hakhak orang asal Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia